NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tips Mengurangkan Pedih Ulu Hati Akibat Gerd

Refluks Gastroesofagus (GERD) - menyebabkan rasa pedih ulu hati, yang kerap berlaku beberapa minit selepas makan. Penyakit ini terjadi apabila otot di bahagian bawah saluran esofagus menjadi longgar dan tidak menghalang asid daripada perut naik ke esofagus. Ini menyebabkan asid masuk ke dalam esofagus serta merosakkan dinding esofagus.

Asid yang naik, boleh sampai ke kerongkong, menyebabkan rasa pedih tekak dan batuk.

Biasanya gejala ini terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan.

PUNCA GERD

1. Mengambil makanan yang pedas dan berempah.

2. Pengambilan kafein/alkohol

3. Makan dalam kuantiti yang banyak (terlalu kenyang)

4. Melakukan aktiviti fizikal atau berbaring sejurus selepas makan

5. Makan hidangan tiada sayur-sayuran.

6. Mengalami tekanan emosi.

7. Berlebihan berat badan (obese)

8. Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat)

9. Merokok

10. Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat tahan jenis bukan steroid (NSAIDs), steroids, alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline.

TIPS ATASI GEJALA PEDIH ULU HATI ATAU GERD

1. Bagi pesakit yang obes, penurunan berat badan ke tahap yang ideal dapat mengurangkan masalah ini

2. Elakkan makanan berlemak dan pedas yang boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus

3. Jangan minum semasa makan

4. Makan makanan yang mengandungi fiber/serat yang tinggi.

5. Elakkan makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur

6. Kurangkan atau berhenti meminum minuman berkafein/berkarbonat/alkohol

7. Amalkan mengunyah dengan banyak sebelum menelan makanan tersebut, kerana lebih lama anda mengunyah, lebih banyak enzim yang akan dirembeskan bersama air liur yabg berupaya meneutralkan asid di dalam makanan anda

8. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut

9. Jangan makan dalam keadaan baring atau berdiri

10. Elakkan memakai pakaian/tali pinggang yang ketat di bahagian perut.Elakkan mengangkat benda-benda berat atau melakukan kerja berat kerana ini akan menyebabkan otot di abdomen mengecut dan meningkatkan peratusan refluks

11. Tidak baring dalam masa lebih kurang 3 jam selepas anda makan

12. Tidur secara mengiring ke sebelah kanan ketika tidur waktu malam juga membantu mengurangkan reflux.

13. Berjalan-jalan santai selepas makan dapat membantu penghadaman

14. Berhenti merokok kerana merokok boleh menjejaskan fungsi otot esofagus

15. Cuba untuk bertenang. Stres menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan dan boleh mencetuskan rasa pedih ulu hati

16. Mengambil dua sudu minyak zaitun pada waktu makan atau sebelum tidur membantu mengelakkan pedih ulu hati.

17. Banyakkan minum air kosong sepanjang di luar bulan Ramadhan.

Semoga bermanfaat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo