NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muzabzab dan Pragmatik Oportunis

Pragmatisme ialah aliran pemikiran yang menekankan terhadap hasil, manfaat dan sebagainya. Kebenaran menurut pragmatism ialah sesuatu yang dapat dibuktikan (hasil). Manakala Oportunisme pula ialah aliran pemikiran yang menekankan terhadap peluang dan cara mengeksploitnya.

Pragmatik Oportunis boleh difahami dengan mereka yang berubah pendirian, boleh bertukar tukar ideologi dan sebagainya demi merebut peluang untuk mendapatkan kepentingan sesuatu sekalipun terpaksa bertukar tukar prinsip.

Hal ini digambarkan oleh Allah SWT di dalam al Quran tentang pendirian orang munafiq;

Ł…ُّŲ°َŲØْŲ°َŲØِŁŠŁ†َ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų°َٰŁ„ِŁƒَ Ł„َŲ§ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ł‡َٰŲ¤ُŁ„َŲ§Ų”ِ ŁˆَŁ„َŲ§ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ł‡َٰŲ¤ُŁ„َŲ§Ų”ِ ۚ ŁˆَŁ…َŁ† ŁŠُŲ¶ْŁ„ِŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁَŁ„َŁ† ŲŖَŲ¬ِŲÆَ Ł„َŁ‡ُ Ų³َŲØِŁŠŁ„ًŲ§

Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. (Surah an Nisa 143)
.
Imam Mujahid bin Jabr RA menyatakan bahawa orang munafiq itu pendiriannya terumbang ambing. Munafiq zaman Nabi SAW terumbang ambing pendiriannya samada bersama dengan blok Nabi SAW, atau blok Yahudi. (Tafsir Ib Kathir)

Imam Ibn Kathir menukilkan hadis Nabi SAW riwayat Imam Muslim

Ł…Ų«Ł„ Ų§Ł„Ł…Ł†Ų§ŁŁ‚ ŁƒŁ…Ų«Ł„ Ų§Ł„Ų“Ų§Ų© Ų§Ł„Ų¹Ų§Ų¦Ų±Ų© ŲØŁŠŁ† Ų§Ł„ŲŗŁ†Ł…ŁŠŁ† ، ŲŖŲ¹ŁŠŲ± Ų„Ł„Ł‰ Ł‡Ų°Ł‡ Ł…Ų±Ų© ، ŁˆŲ„Ł„Ł‰ Ł‡Ų°Ł‡ Ł…Ų±Ų© ، ŁˆŁ„Ų§ ŲŖŲÆŲ±ŁŠ Ų£ŁŠŲŖŁ‡Ł…Ų§ ŲŖŲŖŲØŲ¹

Perumpamaan bagi orang munafik itu seperti seekor kambing yang bingung di antara dua ekor kambing. Sekejap ia bersama kambing ini, sekejap bersama kambing yang itu. Ia tidak tahu kambing mana satu yang nak diikut

Pendirian yang terumbang ambing ini boleh dilihat kepada berubah pendirian semata-mata untuk merebut kepentingan peribadi. Sikap terumbang ambing mereka ini dihuraikan oleh Sayyid Qutb dengan mengaitkan pada kelemahan jiwa mereka.

Beliau menyatakan “... Iaitu kelemahan yang membuat mereka tidak mampu untuk mengambil sikap yang tegas di sana atau di sini, dan tidak berdaya untuk menyatakan fikiran, kepercayaan dan pendirian mereka, dengan terus terang kepada orang yang beriman atau kepada orang kafir”

Imam Ibn Kathir menghuraikan ayat 143 Surah an Nisa’ tadi dengan mengaitkan ayat 20 Surah al Baqarah. Ayat 19 dan 20 dalam surah ini menggambarkan kebingungan orang orang munafik.

Sayyid Qutb mengulas hal ini di dalam Fi Zhilal Quran;
keadaan yang tidak menentu dan gelisah, dan keadaan terumbang ambing yang dideritai oleh kaum munafik ketika bertemu dengan orang orang yang beriman, dan ketika mereka pulang kepada syaitan-syaitan mereka, ketika mereka mengaku beriman, kemudian menolak pula secara mendadak, ketika mereka mencari hidayah dan nur, dan ketika mereka pulang kepada kesesatan dan gelap gelita
Allah SWT sifatkan mereka itu sedang kebingungan. Mereka bingung dengan diri mereka sendiri disebabkan mereka selalu bertukar tukar pendirian. Mereka menukar-nukar pendirian ini disebabkan kerakusan mereka untuk eksploit peluang untuk mendapatkan kepentingan peribadinya.

Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, Khamis 25 Februari 2021


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo