NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mais guna wang fidyah bantu pemandu terjejas PKP




SHAH ALAM, 13 Feb — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan bantuan barangan makanan asas kepada 215 pemandu limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mais dalam kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan bernilai RM21,500 adalah hasil wang bayaran fidyah orang ramai.

“Bantuan berupa set barangan makanan asasi seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan gula disampaikan oleh anggota Mais, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah. Turut hadir Pengarah Pembangunan Sosial Mais, Suhaimi Ismail,” kata kenyataan berkenaan.

Mais mengambil inisiatif untuk membantu pemandu berkenaan yang mengalami kemerosotan wang pendapatan susulan penguatkuasaan PKP dan berharap bantuan yang disampaikan mampu mengurangkan beban perbelanjaan ditanggung penerima.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php. — Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo