NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam Adalah Cita Dan Harapan

Tiada siapa boleh menghalang umat Islam daripada hidup dengan cara hidup Islam, agama yang dianutinya. Itu adalah haknya, bahkan menjadi kewajiban daripada Allah ke atasnya.

Untuk itulah PAS ditubuhkan sejak lama dahulu. PAS memugar cita-cita dan harapan umat untuk kekal di atas jalan yang diredhai Allah. Daripada berdakwah kepada kewajiban individu (fardu ain) sehinggalah kepada kewajiban bermasyarakat dan bernegara (fardu kifayah), PAS istiqamah membimbing dan menerajui umat melaksanakan kewajiban agama yang puncak ini dengan berdakwah dan berjihad di jalan-Nya.

Hari ini PAS berada di Putrajaya bersama PN menerajui negara. Kewajiban kekal sehinggalah akhir nanti.

Amanat dan tanggung jawab mesti dipikul. Bersamalah kita membina diri dan negara bersama Islam. Ia adalah kewajiban di pundak umat Islam yang akan ditanya oleh Allah di hari akhirat nanti.

Bantu dan terus bersama menyokong PAS. Tiada selain kebaikan dan keuntungan di dunia dan akhirat.

Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų£ŁƒŲØŲ± ŁˆŁ„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų­Ł…ŲÆ

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo