NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid 19: Dua kluster komuniti, 11 lagi kluster tempat kerja dikesan


11 FEB : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan 13 kluster lagi baharu COVID-19 hari ini membabitkan 11 kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing 1 kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 948 kluster termasuk 471 kluster sudah tamat dan 477 masih aktif.

Katanya, enam kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Pitas, Kluster Tapak Bina Permai, Kluster Keladi, Kluster Jalan Nakhoda, Kluster Tembok Choh, dan Kluster Langit Selatan.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 85 kluster manakala kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perdana (155 kes), Kluster Jalan Air Hitam (108 kes), dan Kluster Tanjung Suria (101 kes),” katanya. – Oleh Haika Khazi

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan PJU, Petaling Jaya. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 404 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUBANG DELIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Delima, Subang Hi-tech Industrial Park, Shah Alam. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 452 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BUKIT SENTOSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-220264) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pegawai dan kontak sekerja di sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Bukit Sentosa, Rawang. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BERHALA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang menetap di Jalan Berhala, Brickfields, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 82 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TELAWI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar Baru, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BUKIT ANGKASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pengawal-pengawal keselamatan yang menetap di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN AIR HITAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 2, Jalan Air Hitam, Kulai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 404 individu telah disaring, di mana 108 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG TANJUNG SELABU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Tanjung Selabu, Sungai Terap, Muar. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 550 individu telah disaring, di mana 92 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN GETAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Senai Industrial Estate, Kulai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 102 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN RAJA MUAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Raja, Mukim Sungai Raya, Muar. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 378 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN GEMILANG LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Indah Gemilang, Taman Perindustrian Gemilang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BAKAWALI RAMUN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244544) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Bakawali, Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEMBOK BENDERA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kinta dan Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 244969) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan tahanan. Kluster ini melibatkan sebuah penjara yang terletak di Kampung Bendera, Batu Gajah, Kinta. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER NANGA LIJAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231012) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan kontak rapat kepada kes indeks yang tinggal di sebuah rumah panjang yang terletak di Nanga Lijan, Julau. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERDANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perdana, Bandar Perdana, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 1,006 individu telah disaring, di mana 233 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DEDAP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247853) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Sungai Dedap, Kota Sarang Semut, Yan. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BUKIT BARU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-248161) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kes ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bukit Baru, Melaka Tengah. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo