Wanita dan pengurusan emosi melalui pengkisahan Maryam a.s


Apakah definisi emosi?

Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, Emosi bermaksud satu perasaan jiwa (batin) yang kuat seperti sedih, marah serta dua keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang melibatkan psikologi dan fisiologi pada seseorang.

Emosi merupakan satu set tindak balas automatik, viseral dan komunikasi emosi seperti ekpresi muka (Marah, sedih, kecewa), perkataan (Orang perempuan perkataan di mulut tidak sama seperti di hati), tingkahlaku dan isyarat yang dipamerkan oleh individu itu. Kalau nak tahu emosi itu macam mana, cuba lihat emoji di aplikasi whatsapp misalnya.

Kamus dewan 2013 pula, emosi ini menunjukkan kepada batin, perasaan dan hati.

Apa beza emosi wanita dan lelaki

Allah SWT sangat sempurna kerana menjadikan manusia berpasang-pasangan. Penciptaan manusia antara wanita dan lelaki ini berbeza termasuklah dari segi emosi, ekpresi emosi (Cara meluahkan perasaan) dan cara mengendalikan emosi dan melihat emosi itu sendiri.

Emosi Lelaki

Perisian Monotrek-Kurang penggunaan bahagian emosi yang terdapat di tengah-tengah bahagian otak. Mindanya terdedah kepada benda-benda luar dan cenderung kepada buat satu kerja satu masa. Bila mengalami stress, mereka akan selesaikannya sendiri dan cepat lupa sesuatu yang melibatkan emosi dan perasaan. Sebab itu, kadang-kadang orang lelaki ini tengok kita, mereka buat tidak tahu dan perkara ini buat golongan wanita naik marah. Rupanya, itulah ciptaan Allah, golongan lelaki ini adalah perisian monotrek.

Banyak guna otak kanan-Contoh mudah, orang lelaki cara mereka ekpresi suka berkawan atau mesra adalah melalui action. Mereka bergurau dalam bentuk bertumbuk, berlari-lari bersama adik-beradik.
Pendengaran mono-Maknanya pendengaran sebelah sahaja iaitu pendengaran fokus bersama penglihatan. Sebab itu jika perasan, kanak-kanak lelaki bila dalam keadaan tantrum, kita panggil, mereka buat tidak tahu sahaja. Kaedahnya, kena hampirinya, kemudian barulah panggil semula dengan teknik yang betul. Mereka juga sebenarnya boleh fokus pada satu bunyi, maka bunyi-bunyi yang lain dianggap sebagai satu gangguan. Contoh, nak dengar suara radio sahaja, tidak mahu bunyi yang lain.
Pandangan kanta zoom-Kuman di sebarang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tidak nampak. Siapa gajah yang dimaksudkan di sini? Sebab itulah kita sebagai wanita kena berdandan dan sentiasa kelihatan cantik di mata suami. 

Lelaki ini juga colour blindness. Pemilihan warna baju lebih kurang. Maknanya, tidak sebanyak warna yang dipilih oleh golongan wanita dengan warna-warna yang lengkap. Tetapi tidak semua, hanya segelintir sahaja.

Emosi wanita

Perisian Multitasking- Buat banyak benda dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, memasak sambil menjaga anak, basuh kain dan dalam masa yang sama boleh berleter pula. Multitasking ini menunjukkan fokus kepada hubungan interpersonal dan banyak menggunakan bahagian emosi sebagai motivasi untuk mengeratkan hubungan peribadi. Jadi, golongan wanita ini bila ada masalah, mereka akan bagi tahu serta meluah kepada orang yang tersayang. Bila tidak diluah, ini akan menyebabkan mereka mengalami tekanan yang ketara dalam hidup.

Perisian Subjektif- Daya fikir yang tinggi secara detail sekali dengan imaginasi. Wanita, pergerakan berlaku pada kedua-dua bahagian otak (Emotif). Tetapi fokus kepada verbal iaitu bahasa dan emosi. Wanita suka mengaitkan perkataan dengan emosi iaitu suka berbual untuk mengeratkan hubungan serta menunjukkan kemesraan.

Pendengaran Stereo- Deria mendengar terdapat di kedua-kedua bahagian otak. Boleh mendengar banyak bunyi serentak. Sebagai contoh, boleh tidur dalam keadaan anak bermain sakan. Selain itu, suka mendengar gelak tawa, panggilan dari anak-anak dan suara insan tersayang. Perkara ini sedikit sebanyak mengundang rasa tenang meskipun keadaan mula rasa nak marah. Golongan wanita juga cepat dapat tangkap bunyi meskipun tidak tahu dari mana. Boleh mendengar bunyi tanpa niat mendengar.

Pandangan mata yang luas (Wide angle)- Boleh melihat banyak benda seluas-luasnya tetapi masih boleh melihat dekat dan dapat mengenal pasti ke semua objek. Mempunyai minat dan emosi yang baik terhadap warna kerana boleh memberi kesan pengaruh yang besar kepada emosi. Nak gembira, gunakan warna-warna yang disukai. Tapi, bila emosi tengah serabut, dan warna bilik gelap serta tidak sesuai, ketidakstabilan emosi akan menjadi lebih teruk.

Dalam Islam, jika mahu baiki emosi, baikilah dahulu hubungan dengan Allah SWT. Tips, bangun tidur, dengar perkara yang baik-baik. Sebab itu dalam Islam itu sendiri, solat fardhu Subuh diwajibkan ke atas umat Islam. Perkara ini memberikan kesan emosi yang stabil kepada setiap individu.

Hati tenang, meskipun menghadapi pelbagai onak dan duri, Insya Allah, kita akan berjaya mengharungi dan mengatasinya.

Kaedah ketenangan hati


Mengenal diri. Manusia ada jasad zahir (luaran) dan batin (dalaman). Maksudnya mengenali sifat roh diri sendiri. Kemudian berusahalah untuk ke arah yang lebih baik.

Kesedaran Rabbani Makrifat Allah. Sekurang-kurangnya lihatlah penciptaan kita sendiri yang serba lengkap dengan pancaindera. Allah SWT sungguh hebat. Menghayati sifat-sifat Allah dan amanah dalam menjaga setiap kurniaan Allah ini. Tubuh badan bukan milik kita, semuanya milik Allah SWT. Hidup pun bergantung kepada Allah.

Kesedaran alam. Tahu kita datang daripada mana, tidak lain kita datang daripada Allah. Muka bumi adalah tempat ujian. Setiap ujian tidak sama antara satu sama lain.

Mengenal akhirat. Setiap dari kata akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kita akan kembali kepada Allah. Rasa kecewa, jatuh ditimpa tangga, dan pelbagai rencah kehidupan membuatkan kita fikir kita telah diiuji teruk. Kita pula berkeluh-kesah. Maknanya, bagaimana kita urus semua itu, adakah kita urus dengan cara yang diredhai Allah atau sebaliknya.

Konsep Tazkiyah al-nafs al-Bilali

Gembira hati, gembira luar. Bersih hati, bersih di luar. Menyucikan hati.

Menjaga kepentingan diri. Berkaitan hubungan kita dan hak kita dengan Allah SWT. Seperti, Solat, zakat, tanggungjawab-tanggungjawab kita.

Menjaga hubungan dengan Allah

Menjaga hubungan dengan manusia.

Kisah Maryam a.s menghadapi fasa-fasa mencabar dan bagaimana menghadapinya

Keistimewaan Maryam a.s
  • Satu-satunya wanita yang diangkat menjadi surah dalam al-Quran.
  • Terpilih menjalankan amanah besar
  • Keturunan mulia
  • Anak yang dinisbahkan kepada wanita, Maryam a.s
  • Keistimewaannya tergolong dalam kalangan lelaki

Dalam kisah ini, Allah SWT tidak membezakan antara lelaki dan wanita dalam kewajipan melaksanakan tanggungjawab. Biar seimbang dalam Islam.

Takdir dan ujian

Maryam a.s merupakan seorang wanita pendakwah, wanita suci, ahli ibadah. Ditakdirkan Allah berikan ujian dengan meletakkan benih ke dalam rahim Maryam a.s. Pelbagai tohmahan dan cercaan diterimanya dari orang sekeliling.

Tapi, Maryam a.s redha dengan takdir tersebut. Kemudian Allah uji dengan Maryam a.s melahirkan Nabi Isa a.s. Emosi orang mengandung hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Di sini Maryam a.s ditakdirkan menghadapinya seorang diri. Tempat pula adalah di padang pasir. Menyambut kelahiran juga seorang diri.

Allah SWT tidak kejam. Allah perintahkan Maryam a.s untuk mengoncangkan pohon tamar tempatnya bersandar lalu dijadikan sebagai makanan buat Maryam. Hal ini sungguh membuatkannya gembira. Selain itu, diperintahkan oleh Allah untuk puasa bercakap.

Sebab, nanti Maryam a.s dikehendaki membawa Nabi Isa a.s berjumpa masyarakat. Pelbagai tohmahan dan kecaman diterimanya. Maka Allah SWT pun menurunkan kebesaranNya dengan nabi Isa a.s boleh bercakap dan membenarkan segala apa yang terjadi itu adalah dengan keizinan dan kebesaran Allah SWT.

Sesungguhnya, aku ini hamba Allah. Dia telah memberikan kepada aku kitab Injil dan Dia telah menjadikan daku sebagai seorang Nabi dan menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan solat dan memberi zakat selagi aku hidup. Diperintahkan taat dan berbuat baik kepada ibuku dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepada aku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku mati dan pada hari aku dibangktkan hidup semula pada hari kiamat.’

Bilamana mukjizat itu berlaku, semua masyarakat di situ terkelu dan ketika itu mereka yakinlah akan kebesaran Allah SWT dan Kesucian Maryam a.s,

Tapi Maryam a.s ini sudah letih selama 9 bulan menanggung fitnah. Lalu Maryam a.s dan Nabi Isa a.s diberikan tanggungjawab yang besar pada hari kebangkitan Nabi Isa a.s.

Lepas ini kita tidak perlu lagi beremosi di pejabat. Dengan mengurangkan risiko emosi, kita akan lebih cerdas emosi.

Sebagai kesimpulan, ada Empat fasa mencabar dalam kehidupan Maryam a.s.
Membesar dalam Lingkungan Biarawan Lelaki. Bagaimana Maryam a.s boleh handle.
Kehamilan Tanpa Suami
Pengasingan dan bersendirian semasa melahirkan Nabi Isa a.s
Pulang ke pangkuan masyarakat sebagai ibu seorang nabi.

Semoga kita semua dapat lebih bersabar dan bijak dalam pengurusan emosi tidak kira dengan siapa atau di mana jua. Insya Allah.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Artikel asal berdasarkan sebuah perkongsian oleh YB Senator Ustazah Asmak Husin sempena Daurah Wanita anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.

Sumber: http://wanitakelantan.com/wanita-dan-pengurusan-emosi-melalui-pengkisahan-maryam-a-s/


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post