NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turunkan Kos Ujian PCR Covid-19 Di Premis Kesihatan Swasta


1. Pertambahan kes positif COVID-19 kini memberi bebanan kepada KKM dalam proses pengesanan kontak dan menjalankan ujian saringan. Selain itu, keadaan semasa yang masih mengekalkan pembukaan majoriti sektor ekonomi beroperasi memerlukan kepada pekerja termasuk daripada kalangan pekerja buruh menjalani ujian bagi membolehkan mereka bekerja.

2. Pada ketika ini, kos ujian PCR adalah lebih daripada RM300 berbanding kos RTK yang jauh lebih murah. Kos yang tinggi ini merangkumi kos makmal, sut perlindungan, caj perkhidmatan serta kos sampingan seperti logistik.

3. Dalam menghadapi keperluan ujian swab COVID-19 yang meningkat, adalah penting untuk diusahakan agar kos ujian swab yang dilaksanakan di premis kesihatan swasta dapat dikurangkan terutama bagi beberapa kategori rakyat yang bekerja di sektor perkilangan, komoditi dan perladangan.

4. Pemuda PAS memohon kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia meneliti isu ini agar rakyat pelbagai lapisan yang memerlukan ujian ini lebih mampu untuk menjalani ujian ini dalam masa terdekat. Kami optimis bahawa dengan kerjasama KKM dengan Hospital Swasta kini dalam isu mendapatkan bantuan fasiliti hospital swasta dapat diperluaskan kepada isu caj ujian swab COVID-19

YB SENATOR IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo