NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Telco sedia pelan pemulihan elak gangguan perkhidmatan


Cyberjaya: Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) melaksanakan pelan pemulihan bencana untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan berpanjangan di kawasan terjejas banjir bagi memastikan perkhidmatan yang stabil, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan, hari ini berkata ini kerana terdapat kawasan yang mengalami gangguan perkhidmatan ekoran bekalan elektrik terputus di menara telekomunikasi.

"Antara langkah diambil termasuk menempatkan generator di platform yang dinaikkan, menggunakan genset sementara atau kekal, menaik taraf bateri sandaran serta menyediakan stesen pemancar pangkalan (base transceiver station) mudah alih sementara di pusat pemindahan, katanya.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berwaspada dengan perkembangan terkini. Jimatkan penggunaan peralatan komunikasi sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan anda dan hanya digunakan untuk urusan penting seperti membuat panggilan kecemasan," katanya.

MCMC turut meminta orang ramai supaya menghubungi syarikat telekomunikasi berkaitan sekiranya terdapat sebarang gangguan perkhidmatan di kawasan mereka bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo