Jack Ma Dilaporkan Hilang

NEW YORK: Hartawan yang juga pengasas syarikat teknologi Alibaba dan Ant Group, Jack Ma dilaporkan hilang selepas mengkritik sistem kewangan China.

Beliau mendesak supaya kerajaan republik itu melakukan perubahan serta pembaharuan terhadap sistem kewangannya.

Sejak membuat kenyataan itu, Ma tidak membuat kemunculan umum selama kira-kira dua bulan.

Beliau adalah salah seorang individu paling kaya di China.

Kekayaan bersihnya, menurut Forbes, adalah AS$58.4 bilion.

Hartawan berusia 56 tahun itu membesar dalam suasana yang serba sederhana di China.

Ma sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau gagal dua kali dalam peperiksaan kemasukan universiti dan ditolak daripada diambil bekerja selepas menamatkan kolej, termasuklah di rangkaian makanan segera, KFC.

Beliau adalah contoh kisah kejayaan tulen.

Selepas melalui beberapa kekecewaan, beliau dan pasukan seramai 18 orang dengan modal AS$60,000, mengasaskan Alibaba di Hangzhou pada 1999.

Kira-kira 20 tahun kemudian, Alibaba menjadi salah satu syarikat peruncitan dan e-dagang terbesar di dunia, dengan lebih 100,000 kakitangan.

Beliau 'bersara' daripada Alibaba pada September 2019.

Terdapat spekulasi pada masa itu bahawa persaraan Ma adalah disebabkan tekanan bersama pentadbiran kerajaan.

-Agensi




Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post