NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Telaga dimanafaatkan sepenuhnya ketika musim banjir, kemarau


KOTA TINGGI: Mujurlah ada telaga di Kampung Perpat, Tanjung Sedili di sini yang boleh dimanfaatkan penduduk untuk bekalan air bersih ketika musim banjir atau kemarau, apabila bekalan air sering terganggu.

Penduduk, Yang Chik Abdul Kadir, 44, berkata telaga di Balai Komuniti Kampung Perpat ibarat penyelamat kepada penduduk sekitarnya bagi kegunaan harian seperti memasak dan minum.

"Di sini, penduduk biasa panggil perigi pam. Telaga ini sudah ada sejak tahun 1980-an untuk penduduk sekitar.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada memaklumkan sumber air diperoleh daripada sumber bawah tanah sedalam lebih 14 meter. Mereka juga membuat pemeriksaan kualiti air setiap enam bulan sekali.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/772116/telaga-jadi-penyelamat-ketika-musim-banjir-kemarau

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo