NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sokongan Para Pengamal Perubatan Terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Dan Proklamasi Darurat Bagi Menghadapi Pandemik Covid-19

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

1. Kami, para pengamal perubatan ingin menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang telah memberi perkenan terhadap cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

2. Sepertimana yang kita sedia maklum, perjuangan mengawal jangkitan COVID-19 di Malaysia telah bermula dengan kes pertama pada 23 Januari 2020, dimana ianya merupakan kes import dari Negara China. Seterusnya data menunjukan peningkatan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dan WHO telah memutuskan untuk mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 12 Mac 2020. Pihak kerajaan Malaysia pula telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Dengan kerjasama seluruh jentera kerajaan dan masyarakat demi kesihatan awam, Malaysia pernah mencapai angka sifar bagi kes baru tempatan pada 1 Julai 2020. Malahan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah telah mendapat pengiktirafan dunia menerusi Anugerah BrandLaureate oleh The Worlds Brands Foundation memandangkan Malaysia berjaya mengawal pandemik COVID-19.

3. Namun begitu, sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media beliau, punca utama gelombang ketiga yang sedang melanda negara kini adalah Pilihan Raya Negeri Sabah dan seterusnya telah merebak ke seluruh negara. Kini Malaysia telah mencatatkan bilangan kes positif sebanyak 141,553 kes dengan 559 kematian. Malah, dalam masa 12 hari kita masuk ke tahun 2021, bilangan kematian adalah seramai 88 orang. 

4. Keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengadakan PKP semula di negeri-negeri yang sedang berhadapan dengan pertambahan kes yang tinggi adalah penting dalam melandaikan jumlah harian kes positif COVID-19. Walau bagaimanapun, dengan suasana ketidakstabilan politik negara yang memungkinkan pilihan raya umum boleh berlaku pada bila-bila masa, maka adalah perlu dipastikan agar ianya tidak berlaku pada masa pandemik belum terkawal. 

5. Kami berpandangan bahawa sekiranya pilihan raya umum berlaku dalam masa terdekat, maka ia akan meningkatkan risiko kawalan penularan pandemik hasil daripada PKP menjadi sia-sia sebagaimana yang telah kita saksikan. Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah keputusan paling tepat dalam memastikan pilihan raya tidak berlangsung sehingga kita benar-benar yakin bahawa pandemik COVID-19 adalah terkawal. 

6. Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengambil peranan dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 melalui pematuhan segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bersama kita doakan agar barisan hadapan kita terus kukuh dan bersemangat menghadapi pandemik ini dan juga doakan agar COVID-19 dapat dikawal dengan segera.


Kenyataan bersama:-

1. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

2. MEDICOM Malaysia

3. Jabatan Professional Muda Kluster Kesihatan

4. MUSMEDIC, 

5. Yayasan Amal Malaysia, 

6. Muslim Care Malaysia

7. Lajnah Kesihatan PAS

8. Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia

9. Pertubuhan MyHawa Malaysia 

10. MCG - Muslim Care Global

11. Al Azhar Care 

12. Syabab Care Malaysia


#SayaSayangPAPISMA
#SihatUntukBeramal
#BerkhidmatAdalahKeistimewaan 


Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo