NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Menteri Melaka kupas pengajaran daripada buku 'Why Nations Fails'


Oleh : Ibnu Janie

HANG TUAH JAYA, 12 Jan: Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sebuah buku yang berjudul ‘Why Nations Fail’ sebenarnya telah menjadi salah satu rujukan beliau dalam merangka perancangan bagi Negeri Melaka ini.

Menurut beliau, buku ini menceritakan perihal satu kawasan yang sama, tetapi hanya dipisahkan oleh pagar sempadan dua negara, satu; Nogales, Arizona yang berada dalam negara Amerika Syarikat, manakala sebahagiannya lagi, Nogales, Sonora, yang terletak dalam negara Mexico.

“Nogales Arizona Amerika Syarikat dikatakan lebih maju, pendapatan perkapita rakyatnya tinggi, tahap pendidikan penduduknya lebih berkualiti serta banyak peluang pekerjaan yang boleh diperolehi.

“Bertentangan di sisi yang satu lagi, Nogales, Sonora, Mexico, yang pada ketika itu, pendapatan perkapita penduduknya lebih rendah, ramai anak-anak warganya tidak mendapat pendidikan sepatutnya dan kadar pengangguran juga agak tinggi,” ujar beliau.

Malah, kata beliau lagi, jika ditinjau daripada sejarah, siapa dapat menyangka bahawa, Portugis atau negara Portugal yang dahulunya pernah menakluk Melaka, kini di Eropah hanya menjadi negara yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Sedangkan UAE khususnya Dubai, dulu hanya sebuah padang pasir yang tandus lagi kering kontang, kini telah bertukar menjadi pusat perdagangan dan pelancongan tersohor di dunia.

“Cuba fikirkan sama-sama, apa yang boleh kita pelajari dan mengambil iktibar daripada semua kisah yang saya sebutkan tadi?” kata beliau lagi.

Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian dalam ucapannya yang bertema ‘Melakar Wajah Baharu Perkhidmatan Awam Negeri Melaka’ itu di hadapan lebih 400 orang penjawat awam yang menghadiri perhimpunan ini di Melaka International Trade Centre (MITC), di sini, semalam.

Sumber: https://berita.pas.org.my/213918-2/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo