Proklamasi Darurat Satu Keperluan – PENA

12 JAN : Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, proklamasi darurat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, merupakan satu keperluan ekoran keadaan negara yang dilanda pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

Presidennya, Dr Mohamad Saleeh Rahamad, berkata, PENA berharap agar kerajaan dapat melaksanakan pendekatan dan kaedah yang berkesan dalam usaha mengekang penularan virus ini.

“Ini untuk memastikan supaya negara kembali stabil, aktiviti ekonomi kembali rancak manakala kehidupan penulis serta industri buku kembali pulih.

“PENA berharap kerajaan dapat melaksanakan kaedah lebih berkesan untuk mengekang penularan COVID-19

“Pengalaman lalu dan kini menyaksikan penulis, sasterawan muda dan industri buku terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana aktiviti tidak dapat dilaksanakan, buku tidak dapat dijual dan pelbagai masalah lagi,” ujarnya.

Katanya, PENA menyanjung keputusan Yang di-Pertuan Agong yang memberi perkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan Jawatankuasa Bebas Khas dianggotai ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan pakar kesihatan serta pihak berkaitan.

“Semoga dengan pembetukan Jawatankuasa Bebas Khas itu dapat memperkasakan usaha kerajaan mengawal pandemik COVID-19 yang telah disulitkan dengan musibah banjir yang melanda di beberapa negeri termasuk desakan pihak tertentu untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),”
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post