Poligami adalah benar namun menyebabkan isteri menjadi mangsa yang 'disakiti' adalah tidak benar


Terdapat banyak hadis Nabi SAW yang menyuruh umatnya memuliakan manusia apatah lagi seorang muslim. Antaranya menghormati jiran, memuliakan tetamu, tidak menyakiti manusia lain dgn kata-kata tajam yg menghiris perasaannya, maruahnya, leluhur keluarganya malah diharamkan mengungkit aib sejarah silamnya.

Baginda SAW menganjurkan kita mengamalkan sifat ايثار pada rakan, berakhlak mulia pada manusia sekeliling. Ini kerana, Baginda mahukan umatnya mempunyai zauq atau "rasa ihsan" pada orang lain kerana semua manusia walaupun hamba, dia tetap mahu dihormati atau sekurang-kurangnya tidak disakiti perasaan. Walaupun hamba dan golongan marhaen sering disakiti fizikal mereka demi kesenangan orang bangsawan tetapi hati dan perasaan adalah hak milik peribadi yg tiada siapa boleh bertuankannya. 

Respon terhadap isu "salah laku berpoligami" ialah saya perhatikan, bagi kebanyakan pasangan berkahwin termasuk para asatizah, ia bagaikan hilang dalam minda mereka akan unsur kewanitaan, persahabatan dan kejiranan pada posisi sang isteri dalam rumahtangga sang suami. Berbicara bab poligami, kebanyakan suami seakan terlupa bahawa isteri awalnya (sebelum dilupakan) adalah rakan, sahabat, jiran dan kerabat yang wajib dijaga perasaan, hati dan fizikalnya daripada tersakiti. Apatah lagi menipu dan tidak bercakap jujur dengannya.

Para suami janganlah lupa bahawa isteri kita adalah orang luar yang kita bawa dalam hidup kita sebagai jiran sekatil, teman sebilik dan sahabat susah senang. Adakah kerana ia bergelar isteri, maka hukum memuliakan sahabat, jiran dan tetamu yang Islam ajarkan itu telah termansuh semuanya. Dimansuh dengan status isteri yg suaminya boleh berbuat apa sahaja atau isteri boleh dibegitu-beginikan oleh suami tanpa terikat lagi dgn hukum?? Tidak sama sekali.

Sebab itu, walau pun poligami itu sah dan diharuskan (bukan diwajibkan), saya amat jelik dengan pengamal poligami yang "bajet bagus" tergamak melukakan hati isteri 'sediakala' dgn membawa isteri lain dalam kehidupan. Benar, bahawa poligami tidak mensyaratkan keizinan isteri tetapi sebagai ketua, adalah tidak wajar membawa kedukaan yang meretakkan hati semua orang. 

Secara peribadi, saya pun berminat untuk tambah isteri jika orang bertanya mahu atau tidak?. Namun saat itu saya sentiasa terbayang adakah saya akan dihisab oleh Allah SWT kelak kerana menyakiti hati sahabat, jiran dan tetamu hidup yang sedia ada? Mana hak seorang jiran dan tetamu yg mesti diwaspadai pada isteri?

Pada pertimbangan saya, lebih baik mengutamakan hati dan perasaan isteri dengan mengorbankan cita-cita poligami. Saya anggap itulah إيثار saya untuk penerusan kebahagian isteri utk kekal bersama. Ya lah, saya yg membawanya dalam hidup saya, sudah tentu saya akan pastikan kebahagiannya lebih baik daripada apa yg diberikan bapanya.

Bagi saya, hak istimewa isteri pertama ialah kekal berdua dgn kita sepanjang hayat seperti mana Baginda bersama Saidatina Khadijah pada peringkat awal. Jika ditakdirkan usia isteri pendek, barulah boleh mencari sahabat dan teman baharu. Berkahwin ramai tidak semestinya ada isteri ramai dalam satu masa. Ia juga berlaku dengan cara kahwin sorang demi sorang selepas mati yg lama. 

Walau bagaimanapun, kepada suami yang mampu berpoligami dgn cara yg kental dan sentap, silakanlah... Tetapi saya akan sentiasa menjaga hati jiran hidup saya supaya tidak tersakiti. 

Poligami adalah baik dan suatu perjuangan yg hebat utk menjaga kesejahteraan sosial tetapi mendapat impak negatif apabila ia ditunjukkan oleh sampel² suami yang sebenarnya tidak berkelayakan. Sebenarnya ramai saja yang layak tetapi mereka ini tidak mahu menonjol seperti beberapa sahabat saya atau mereka sedang mengumpul keberanian seperti kebanyakan sahabat lain.Takbiiir, Allahu Akbar

خيركم خيركم لأهله وانا خيركم لأهلي
Dr HK
21/1/2021
*Diadaptasi dari posting 4/12/2019

Sumber: https://www.facebook.com/hapiz.kodiang/posts/3951699204854775
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post