NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Ulangi Komitmen Perkasakan MN, Pertahankan PN

3 JAN : Parti Islam Semalaysia (PAS) berpandangan semua pihak perlu komited, jujur dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemerintahan dan pentadbiran negara ketika berhadapan keadaan yang amat sukar hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dalam hal ini Pas berpendirian untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional disamping mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional.

“Selepas bersama memimpin ke arah perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional, dikuti menyelamatkan negara melalui persefahaman menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional Pas berpandangan bahawa perpaduan dan kesatuan ini perlu dipertahankan.

“Sehubungan itu, PAS bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional,” tegasnya dalam satu kenyataan menerusi facebook rasminya.

Dalam pada itu, kata Takiyuddin lagi, Pas berpandangan aspek perpaduan amatlah penting dalam proses bina negara demi kepentingan rakyatnya.

“Justeru, PAS menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.

“PAS amat percaya hanya dengan perpaduan yang sejati dan ikhlas sahaja mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat menghormati di antara rakyat pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya di negara kita yang tercinta ini,” jelasnya.

Kata Takiyuddin lagi, PAS tidak mahu terlibat mahupun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan yang sekaligus mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat.

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/01/03/pas-ulangi-komitmen-perkasakan-mn-pertahankan-pn/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo