NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kronologi pelaksanaan fasa PKP

Kuala Lumpur: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama 14 hari mulai 13 Jan ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah usaha berterusan sejak awal 2020 untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Enam negeri itu ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, manakala enam lagi negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) sementara PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.

Sebelum ini PKP telah dikuatkuasakan dalam empat fasa selama 47 hari, mulai 18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020.

Berikut adalah sejarah fasa pelaksanaan PKP susulan penularan pandemik COVID-19 di negara ini:

18 Mac 2020 : Muhyiddin mengisytiharkan PKP berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

25 Mac 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan peningkatan kes positif COVID-19.

10 April 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April untuk mengelakkan penularan kembali wabak Covid-19 selain memberi peluang kepada petugas kesihatan untuk memerangi virus berkenaan.

23 April 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei.

1 Mei 2020 : Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai 4 hingga 12 Mei.

10 Mei 2020 : PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.

7 Jun 2020 : Muhyiddin mengumumkan PKPB digantikan dengan PKPP yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos.

28 Ogos 2020 : PKPP dilanjutkan sehingga 31 Dis.

12 Okt 2020 : Kerajaan mengumumkan semula pelaksanaan PKPB di Sabah (13 hingga 26 Okt) manakala Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 14 hingga 27 Okt.

24 Okt 2020 : PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan sehingga 9 Nov.

26 Okt 2020 : PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 Nov.

7 Nov 2020 : PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 Nov sehingga 6 Dis.

20 Nov 2020 : PKPB di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan pada 21 Nov.

5 Dis 2020 : PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan selama 14 hari bermula dari 7 Dis hingga 20 Dis.

18 Dis 2020 : PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan hingga 31 Dis.

28 Dis 2020 : PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021.

1 Jan 2021 : PKPP di seluruh negara dilanjutkan lagi mulai 1 Jan hingga 31 Mac depan.

11 Jan 2021 : Terbaharu, enam daerah di Sarawak diletakkan di bawah PKPB oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak.

Dalam tempoh PKP dan PKPP, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut dilaksanakan di sekurang-kurangnya 54 kawasan di seluruh negara termasuk di kawasanpenjara, dalam membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar ke kawasan lain.

Berikut adalah antara kawasan yang dikenakan PKPD:

27 Mac 2020 : Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor menjadi kawasan pertama dikenakan PKPD.

30 Mac 2020 : Kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, melibatkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu.

31 Mac 2020 : Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

7 April 2020 : Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.

14 April 2020 : Masjid India dan kawasan sekitarnya, yang melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.

20 April 2020 : Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur.

25 April 2020 : Kawasan Selayang Baru, Gombak di Selangor, yang melibatkan enam parcel.

10 Mei 2020 : Kawasan Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya, Selangor.

3 Ogos 2020 : PKPD secara pentadbiran di empat mukim di negeri Kedah iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap.

10 Ogos 2020 : Dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dikenakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran.

28 Ogos 2020 : PKPD secara pentadbiran di Aman Jaya, Kedah yang melibatkan tiga zon iaitu zon Kenanga, zon Mawar dan zon Melor.

11 Sept 2020 : PKPD secara pentadbiran dikuatkuasakan di 28 mukim di Kota Setar, Kedah.

11 Sept 2020 : PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, Sabah.

5 Okt 2020 : PKPD di Penjara Alor Setar.

11 Okt 2020 : Penjara Pokok Sena, Kedah yang turut melibatkan kuarters kakitangan dengan 3,262 tahanan serta 587 kakitangan.

11 Okt 2020 : PKPD di enam lokaliti di Semporna, Sabah iaitu Kampung Bangau-Bangau; Kampung Panji; Kampung Air; Kampung Selamat; Kampung Simunul; Kampung Pinggir Bakau dan satu lokaliti di Kunak iaitu Kampung Pangkalan.

13 Okt 2020 : Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih, Lahad Datu, Sabah.

15 Okt 2020 : Penjara Reman Negeri Pulau Pinang dan Kuarters Penjara Reman Negeri Pulau Pinang daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

19 Okt 2020 : Penjara Kepayan dan kuarters kakitangan penjara itu di Kampung Matambai, Kota Kinabalu, Sabah.

21 Okt 2020 : Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru di Labuan.

22 Okt 2020 : Penjara Seberang Prai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Prai di Pulau Pinang.

22 Okt : PKPD di Zon Utara membabitkan Pusat Koreksional Perlis; Penjara Sungai Petani; Penjara Taiping; Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Tapah.

22 Okt : PKPD di Zon Selangor membabitkan Penjara Reman Sungai Buloh; Penjara Kajang; Penjara Wanita Kajang dan Pusat Koreksional Puncak Alam, serta kuarters perumahan penjara terbabit.

24 Okt 2020 : PKPD di Anjung Teduh yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu.

28 Okt 2020 : Putra Point Nilai, Negeri Sembilan.

28 Okt 2020 : Plaza Hentian Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor.

28 Okt 2020 : Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak.

28. 28 Okt 2020 : Taman Mesra, Sandakan, Sabah.

30 Okt 2020 : Tiga kampung di daerah Kudat, Sabah iaitu Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang.

3 Nov 2020 : Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu, Sabah.

3 Nov 2020 : Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Johor Bahru.

6 Nov 2020 : Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira Sandakan.

8 Nov 2020 : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah di Padang Rengas, Perak.

10 Nov 2020 : Kampung Sabah Baru Lahad Datu, Sabah.

12 Nov 2020 : Medan 88, Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

16 Nov 2020 : PKPD di penempatan Telipok dan Kampung Numbak, Kota Kinabalu.

17 Nov 2020 : PKPD di asrama pekerja Top Glove, Klang melibatkan 13,190 pekerja kilang itu yang menginap di asrama pekerja lelaki dan wanita serta hampir 1,200 penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

20 Nov 2020 : Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C di Ipoh, Perak.

20 Nov 2020 : Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon di Kota Belud, Sabah.

24 Nov 2020 : Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan.

27 Nov 2020 : 1,412 rumah di Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1, Taman Kangkong 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau, di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah.

30 Nov 2020 : Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor, dan Kampung Landung Ayang, Kudat.

31 Nov 2020 : Zon A Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah, Perak berikutan peningkatan kes positif COVID-19 melibatkan pekerja Kilang Kamaya dan Kilang Salutica.

2 Dis 2020 : Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru, Lahad Datu, Sabah membabitkan 914 rumah dengan jumlah seramai 4,934 penduduk.

2 Dis 2020 : Pusat Tahanan Sementara Sibuga, Sandakan dengan melibatkan 1,209 individu terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 kakitangan.

10 Dis 2020 : Ria Apartment, Amber Court Apartment dan rumah kongsi Kampung Semaut, di daerah Bentong, Pahang.

22 Dis 2020 : Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangan pusat itu.

24 Dis 2020 : Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.

26 Dis 2020 : Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru.

28 Dis 2020 : Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru dan Dewan Arena Segitiga, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor (yang menempatkan tahanan positif Covid-19.

28 Dis 2020 : Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan.

30 Dis 2020 : Pusat Koreksional Kamunting (Kemta), Taiping, Perak dan kuarters kakitangannya.

2 Jan 2021 : Dua lokaliti di Johor iaitu Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir, daerah Muar serta Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di daerah Senai.

5 Jan 2021: Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah.

- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo