“Kos Repair Kereta Dapat Dikurangkan,” Ini Apa Yang Perlu Dilakukan Ketika Banjir



Seperti yang diketahui, beberapa negeri pada ketika ini dilanda bencana banjir yang amat merisaukan.

Dengan keadaan cuaca yang amat bahaya terutama di Pantai Timur, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Dalam keadaan bencana ini, sudah pastinya banyak yang perlu ‘dilepaskan’ atau ‘ditinggalkan’ oleh orang ramai termasuk kenderaan.

Walaupun ada perasaan berat hati namun keselamatan diri perlu diutamakan terlebih dahulu.

Tapi sebenarnya kenderaan anda boleh ‘diselamatkan’ dengan beberapa cara.

Ikuti caranya yang dikongsikan oleh Giatmara Bentong di Facebook ini.

Perkongsian bersama kepada pengguna kenderaan Kami Team Automotif GiatMara Bentong Pahang, mencadangkan SOP kenderaan...

Posted by Giatmara Bentong on Sunday, 3 January 2021
Perkongsian bersama kepada pengguna kenderaan

Kami Team Automotif GiatMara Bentong Pahang, mencadangkan

SOP kenderaan semasa musim banjir:

1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta – supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada sistem elektronik.

2. Kenal lokasi ECU (Electronic Control Unit) utk Engin Management control – Tanggalkan dan simpan ditempat selamat.

3. Tutup Exzos pipe supaya tidak dimasuki lumpur.

* Dgn SOP ini kos repair dapat di kurangkan sekiranya kereta tenggelam 100%.

* Sekiranya air banjir dah surut, cuci komponen elektronik dengan air bersih supaya tidak berlaku karat.

* Jika perlu nasihat teknikal, hubungi kami

011 2921 7229 Ahmad Nazren T.P Automotif GIATMARA Bentong
012 848 4212 En. Aizat pengurus GIATMARA Bentong


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post