NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadangan Menukar Saluran TV Milik Kerajaan Kepada TV Pendidikan Sepenuhnya


Saya dihubungi oleh seorang Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan yang memaklumkan bahawa pihak Kementerian memantau setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan dalam posting saya sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan.

Antara cadangan menarik yang dikemukakan oleh masyarakat awam melalui komen-komen dan maklum-balas yang diterima termasuklah solusi Jangka Pendek iaitu MENUKAR BEBERAPA SALURAN TV MILIK KERAJAAN KEPADA TV PENDIDIKAN SEPENUHNYA. Antara yang terawal memberikan idea ini termasuklah Presiden UMNO sendiri. Ini dapat memastikan akses atau jurang pendidikan tidak melebar di kalangan rakyat tatkala negara masih dilanda Pandemik Covid-19 ketika ini.

Berikut adalah cadangan-cadangan yang dapat dirumuskan daripada maklum-balas yang dikemukakan oleh orang ramai:

1. Saluran percuma yang lebih meluas kepada rakyat boleh direalisasikan segera melalui hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi.

2. Kandungan saluran-saluran ini disusun mengikut jadual waktu subjek di sekolah berpandukan sukatan setiap setiap darjah dan tingkatan.

3.Pengajaran dilakukan secara interaktif dan menggunakan kaedah pembelajaran dengan pelbagai visual dan pedagogi yang menarik.

4. Saluran-saluran ini boleh berjalan sehingga jam 12 tengah malam dan kandungan subjek diulang siar bagi membolehkan ulang-kaji dilakukan dan ibubapa turut terlibat membantu anak-anak yang kurang faham setelah pulang dari kerja.

5. Guru-guru hanya perlu memantau dan menilai tahap kefahaman dengan penyediaan siri-siri latihan tambahan, kuiz dan kerja-kerja rumah yang disediakan oleh pihak Sekolah.

6. Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pihak stesyen TV swasta untuk menyelaraskan program serupa bagi mereka yang mempunyai akses kepada saluran TV berbayar seperti ASTRO.

Ini hanyalah sebahagian daripada solusi jangka pendek yang boleh dibuat waktu darurat ketika ini terutamanya dalam suasana pandemik yang belum berakhir.

Moga dapat perhatian serius pihak Kementerian Pendidikan supaya tiada siapa yang tercicir daripada mendapat peluang pendidikan musim pandemik seperti ini.

Sumber: https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/4175332792496736?__tn__=%2CO*F

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo