NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantuan BPN 2.0 dipercepatkan





KUALA LUMPUR – Sejumlah 11.1 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional atau BPN 2.0 akan mendapat bayaran mulai 21 Januari ini selepas pembayaran fasa terakhirnya dipercepatkan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Bantuan di bawah pakej KITA PRIHATIN yang diperkenalkan tahun lepas, melibatkan jumlah sebanyak RM2.38 bilion ketika mengumumkan bantuan PERMAI yang bertujuan memastikan kelangsungan hidup rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR pula, bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada lapan juta penerima.

Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan menerima RM300
dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula, mereka akan menerima RM150.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo