NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 cara mengenali scammer


KECANGGIHAN teknologi zaman moden disertakan dengan akal fikiran manusia yang semakin bijak dan licik, menjadikan skim-skim penipuan atau ‘scam‘ menjadi semakin canggih dan pelbagai.

Berikut adalah 10 cara untuk anda mengenali ‘scammer‘ yang terdapat di luar sana:

1) ‘Scammer‘ akan berkata mereka membuat pangggilan daripada bank atau agensi kerajaan seperti mahkamah dan polis, atau syarikat-syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Pos Laju dan kereta sewa. Jika anda mendapat panggilan seperti ini, beritahu mereka yang anda akan pergi ke cawangan mereka yang berdekatan untuk menyelesaikan urusan tersebut.

2) Scammer selalu minta butir-butir diri anda – sepatutnya mereka sudah memiliki butir-butir tersebut jika mereka benar-benar tulen. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menguji ketulenan mereka:

• Beri maklumat anda yang salah. Jika mereka tidak dapat mengesan bahawa maklumat anda tidak tepat, maka sahlah mereka ‘scammer‘.

• Minta data peribadi anda seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan anda daripada mereka. Jika mereka gagal dengan memberikan pelbagai alasan, memanglah mereka scammer.

3) ‘Scammer‘ akan memberitahu bahawa anda menang atau mewarisi habuan/harta/wang yang banyak dari luar negara. Akan tetapi anda perlu memasukkan sejumlah wang dahulu ke akaun tertentu untuk mereka ‘memproses’ pindahmilik wang yang anda warisi atau menangi.

Sedarlah bahawa tiada siapa yang akan memberi anda harta atau wang sebanyak itu begitu sahaja. Jangan layan email/mesej/panggilan seperti ini.

4) ‘Scammer‘ akan menggunakan taktik cinta untuk memperdaya wanita-wanita bujang atau yang kesunyian. Biasanya mereka menggunakan akaun palsu di Facebook dengan nama yang seakan-akan berdarah campuran dan foto profil yang mencairkan hati para wanita (mangsa).

Mereka akan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun mereka (dengan mencipta pelbagai tujuan) dan berjanji untuk mengahwini mangsa. Taktik ini dinamakan ‘love scam’. Tolong jangan mudah percaya sesiapapun yang hanya anda kenali di media sosial terutamanya jika mereka meminta wang daripada anda.

5) Pelaburan Skim Cepat Kaya yang hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa juga merupakan suatu ‘scam‘. Mereka hadir bukan sahaja dalam talian, tetapi mereka boleh berjumpa anda untuk memberi penjelasan tentang ‘Skim Pelaburan’ yang kononnya boleh memberi pulangan luarbiasa kepada anda.

Anda perlu lari jauh-jauh daripada mereka yang menjanjikan keuntungan yang luarbiasa tinggi. Biasanya ‘scammer skim cepat kaya’ akan mencuba dengan cara agak keterlaluan untuk membuktikan bahawa mereka adalah syarikat yang sah.

Contohnya, mereka akan menunjukkan Sijil SSM (yang biasanya palsu) kepada anda, di samping gambar-gambar mereka bersama para selebriti dan ustaz-ustaz. Syarikat pelaburan yang sah biasanya tidak perlu menggunakan taktik-taktik tersebut untuk meraih perhatian dan kepercayaan pelanggan. Anda juga boleh membuat carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memastikan bahawa mereka benar-benar wujud.

6) ‘Scammer‘ akan menggunakan kelemahan sifat-sifat semulajadi manusia untuk menipu mangsa. Antara sifat-sifat semulajadi manusia ialah tamak dan malas. Oleh itu, awasi mereka yang cuba memperdayakan anda dengan cara merangsang sifat tamak dan malas. Mereka akan menawarkan jalan singkat untuk anda menjadi kaya-raya dalam masa yang sangat pendek tanpa usaha yang setimpal.

7) Ada juga ‘scammer‘ yang menggunakan sentimen perkauman atau agama untuk mengumpan mangsa. Mereka akan mengajak anda ‘melabur’ dalam perniagaan orang Melayu/Islam kononnya. Mereka juga akan mengggunakan nama-nama berunsur Islamik (contohnya: Mecca Fund).

8) Satu lagi ciri ‘scam‘ ialah meminta anda mencari ‘ahli’ dan ahli tersebut perlu membayar yuran keahlian. Lebih ramai ‘ahli’ yang anda daftarkan, lebih tinggi keuntungan anda.

Mereka tidak mempunyai produk sebenar untuk dijual. Ataupun, nilai produk mereka kelihatan tidak setimpal dengan wang yang anda perlu bayar untuk menjadi ahli ataupun keuntungan yang anda dapat. Ahli juga tidak perlu menjual produk seperti kebanyakan perniagaan multi-level-marketing yang sah di pasaran. Cukup dengan menggunakan sendiri sahaja produk-produk tersebut, kata mereka.

9) Seterusnya, awasi ‘scam‘ melalui pakej umrah atau pakej pelancongan. Berhati-hati dan cari maklumat berkenaan syarikat-syarikat yang menawarkan pakej-pakej umrah atau pelancongan yang kelihatan agak murah dan menarik.

Selidik dahulu latar belakang mereka dan tanyalah pelanggan-pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat mereka. Semak dahulu sama ada mereka sudah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Jika tidak, ambillah pakej umrah atau pelancongan daripada syarikat-syarikat yang sudah terkenal dan mempunyai reputasi yang baik sahaja.

10) Akhir sekali, ‘scammer‘ juga boleh menyamar menjadi sahabat anda dengan cara menggodam akaun orang lain yang anda kenali di Facebook ataupun menggunakan foto orang yang anda kenali sebagai profil Whatsapp mereka untuk menipu anda dengan pelbagai cara seperti meminjam wang untuk jangka masa yang singkat (yang sudah tentu tidak akan dikembalikan) atau memberitahu bahawa anda telah memenangi sesuatu hadiah dan meminta butir-butir akaun bank anda.

Mereka akan mencipta situasi cemas dan mengharapkan agar anda terpedaya serta memindahkan wang ke akaun mereka atau memberikan butir-butir akaun bank anda tanpa berfikir panjang.

Penulis adalah perunding kewangan berlesen dan ahli Grup Penulis PAS Melaka

Sumber: https://berita.pas.org.my/perancangan-kewangan-islam-10-cara-mengenali-scammer/
( Hide )
  1. Selalu terima panggilan dr Aiqon Amanah adakah mereka tu scammer. Sya ada pakai applikasi true caller..jika mereka cll true cller akn berubah menjadi merah. Adakah itu scammer. Mohon pencerahan sedikit utk kepastian

    ReplyDelete
  2. Saya juga kehilangan sedikit wang kepada broker yang tidak dikawal beberapa bulan yang lalu. Saya mendapat kembali wang saya melalui transaksi yang saya buat daripada akaun bank saya ke akaun coinbase saya dan kemudian saya menghantar wang dari coinbase ke dompet penipu menggunakan syarikat caj balik bernama Amendall .net. Saya sudah fikir saya telah kehilangan wang saya sehingga Syarikat Pemulihan Amendall membantu saya mendapatkan semula wang saya yang hilang. Mereka sangat baik dan pantas dalam memulihkan wang yang hilang daripada semua penipu dalam talian ini.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo