NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,181 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 85,592 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 


STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 28 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,594 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 106,690 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 20,643 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,591 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 697 kes (43.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 593 kes (85.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 194 kes (12.2 peratus) dan Johor sebanyak 191 kes (12.0 peratus).

Sebanyak 108 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes), Kluster Bakti (34 kes), Kluster Pagar Siput (6 kes), Kluster Tembok (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Pagar Bentong (5 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), dan Kluster Kolam Air (3 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 455 kes (0.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
45373341SelangorPerempuan (WN)62Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan obesiti
45489863SelangorLelaki (WN)90Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan gout
455101587SabahLelaki (WN)62Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.


MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 28 Disember 2020, terdapat sebanyak 489 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 275 kluster ini termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra-18, Kluster PTS Tawau, Kluster Tamar dan Kluster Intan.Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 214 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Hentian (261 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes),  dan Kluster Ceram (40 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN GADANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 375 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MENARA SRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Kepong,  Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-99803) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT PASIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100103) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PINTU GENG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101557) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PUTRA 15

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103898) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Disember 2020 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH15736,231
SELANGOR69729,969
WP KUALA LUMPUR194 (1)12,690
NEGERI SEMBILAN1607,656
JOHOR1914,823
PULAU PINANG693,270
PERAK473,097
KEDAH122,969
WP LABUAN01,636
SARAWAK2 (2)1,110
PAHANG111,014
MELAKA14969
KELANTAN28634
TERENGGANU3304
WP PUTRAJAYA9274
PERLIS046
JUMLAH KESELURUHAN1,594 (3)106,690

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,594 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 697 kes 
    • 362 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 231 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 104 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 194 kes  
    • 104 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Gadang dan Kluster Menara Sri;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 191 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Pasir ;
    • 64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 77 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 160 kes
    • 103 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 157 kes 
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 69 kes 
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 47 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Menara Sri;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 28 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pintu Geng;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 12 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 14 kes
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 11 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra 15;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes import dari luar negara.
Attachments:
d4f560940fec9d3485056567c3e43b1f

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo