NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Pulau Pinang Tempelak Ramasamy

SUNGAI SENDIRI PENUH 'BABI', MAHU LAGI DIUSIK SUNGAI ORANG

1. Merujuk kenyataan “I challenge the Kedah MB to deny water supply to Penang" oleh P Ramasamy yang dilaporkan oleh FreeMalaysiaToday pada 13 Disember 2020 , 

Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam provokasi tidak masuk akal P Ramasamy yang mencabar Menteri Kedah MB supaya mengubah aliran Sungai Muda. 

2. Provokasi regresif mundur kebelakang P Ramasamy ketika Ketua Menteri Pulau Pinang , Menteri Besar Kedah dan Menteri Alam Sekitar & Air telah mula bercakap soal rundingan menang-menang adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal.

3. Ini menggambarkan sikap P Ramasamy yang dikenali sebagai gilakan sensasi dan suka menyemarakkan perselisihan antara 2 negeri yang seharus sentiasa berpakat secara semangat kejiranan. 

4. Kami mencadangkan supaya P Ramasamy lebih sedar diri akan masalah-masalah pencemaran sungai yang berlaku di Pulau Pinang di atas kelemahan urustadbir yang merosakkan alam.

5. Untuk rekod majoriti sungai-sungai di Pulau Pinang adalah tercemar . Beberapa sungai penting daripada negeri jiran adalah bersih tak dan menjadi kotor dan tercemar setelah menjadi anak sungai yang melalui Pulau Pinang. Contohnya Sungai Kereh adalah sambungan daripada Sungai Korok yang merupakan anak Sungai Muda daripada Kedah. 

6. Kini sungai Kereh yang berasal daripada Sg Muda teruk tercemar  daripada aktiviti industri penternakan babi di Pulau Pinang.

Apa yang P Ramasamy buat untuk menyelesaikan masalah Sungai Kereh yang sangat tercemar jijik daripada kumbahan najis babi ?

 Apakah P Ramasamy terlalu rasis sehingga tak mempedulikan kawasan majoriti Melayu yang terjejas di Tasek Gelugor ? Pesawah hasilnya menurun dan apabila banjir air sisa najis masuk ke rumah penduduk . 

7. Pemuda PAS menasihati P Ramasamy jangan tunjuk hero dengan urusan negeri lain sedangkan sungai yang menjadi sumber air dan alam sekitar terjejas dibawah tanggungjawab sendiri tak dipedulikan.

Jangan jadi seperti ayam jantan yang penuh tahi terpalit,  berkokok megah menuding orang lain !

ABDUL RAZIB BIN ABDUL RAHIM
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo