NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Catatan-Catatan Orang Arab Mengenai Kekayaan Tamadun Melayu Kedah


Saya tidak mahu menyentuh tentang pengumuman Menteri Besar Kedah berkenaan penemuan hasil bumi Kedah yang bernilai tinggi. Apa yang saya mahu kongsikan ialah catatan pengembara-pengembara Arab abad ke-9 hingga abad ke-12 tentang kekayaan hasil bumi Kedah dan Semenanjung Tanah Melayu.


Abu Dhulaf al-Muhalhil mencatatkan dalam Risalatul ula seperti berikut:-

فخرجت على الساحل أريد ŁƒŁ„Ł‡….و وجدت بها معدناَ للرصاص القلعى, لا ŁŠŁƒŁˆŁ† ؄لا في قلعتها من Ų³Ų§Ų¦Ų± Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§


“Maka aku pun keluar menuju ke tepi laut dengan hasrat untuk ke Kalah (Kedah Tua)…..Dan di sana aku dapati lombong timah qala’i yang tidak didapati di mana-mana tempat di dunia melainkan di kubu (Kedah Tua) itu.


Al-Mas’udi pula menulis dalam Muruj az-Zahab seperti berikut:-

و ŲØŁŠŁ† هذه الأمة و ŲØŁŠŁ† بلاد ŁƒŁ„Ų© Ų¬ŲØŲ§Ł„ معادن الرصاص Ų§Ł„Ų£ŲØŁŠŲ¶ و Ų¬ŲØŲ§Ł„ من الفضة, و ŁŁŠŁ‡Ų§ أيضاَ معادن من الذهب, و Ų±ŲµŲ§Ųµ لا يكاد ŁŠŲŖŁ…ŁŠŲ² منه.


“Antara penduduk di sini dan negeri Kedah terdapat gunung-gunung dan lombong-lombong bijih timah putih dan perak. Dan terdapat juga lombong emas. Dan timah-timah hampir tidak dapat dibezakan.”


Muhammad al-Idrisi menulis dalam Nuzhat al-Musytaq seperti berikut:-

و من جزيرة Ł„Ł†ŁƒŲØŲ§Ł„ŁˆŲ³ ؄لى جزيرة ŁƒŁ„Ł‡ خمسة Ų£ŁŠŲ§Ł… و Ł‡ŁŠ جزيرة كبيرة ŁŠŲ³ŁƒŁ†Ł‡Ų§ Ł…Ł„Łƒ ŁŠŲ³Ł…Ł‰ Ų¬Ų§ŲØŲ© Ų§Ł„Ł‡Ł†ŲÆŁŠ و بهذه جزيرة معدن
الرصاص Ų§Ł„Ł‚Ł„Ų¹ŁŠ و Ł‡Łˆ بها كثير صافي Ų§Ł„Ų¬ŁˆŁ‡Ų±….

“Dan pelayaran dari Pulau Lankabalus ke Kedah Tua mengambil masa selama lima hari. Kedah Tua merupakan pulau yang besar yang dihuni oleh seorang raja yang dipanggil sebagai Jabah al-Hind. Di wilayah pulau tersebut terdapat lombong logam bijih timah dan juga terdapat banyak permata yang asli.”

Ternyata Kedah memang kaya dengan hasil galian bumi dan kekayaannya telah disedari oleh orang-orang Arab selewat-lewatnya pada abad ke-9 Masihi.

Walau bagaimanapun, saya secara peribadi menyeru kerajaan negeri Kedah untuk memelihara hutan sekiranya benar sumber galian baru telah ditemui. Di zaman kerosakan alam sekitar ini, memelihara hutan lebih aula dari meneroka hasil bumi.

Akhir artikel ini, mari kita renungkan kalamullah :-

ŲøَهَŲ±َ Ų§Ł„ْفَŲ³َŲ§ŲÆُ فِي Ų§Ł„ْŲØَŲ±ِّ وَŲ§Ł„ْŲØَŲ­ْŲ±ِ ŲØِŁ…َŲ§ كَŲ³َŲØَŲŖْ Ų£َيْŲÆِي النَّŲ§Ų³ِ Ł„ِيُŲ°ِŁŠŁ‚َهُŁ…ْ ŲØَŲ¹ْŲ¶َ Ų§Ł„َّŲ°ِي Ų¹َŁ…ِŁ„ُوا Ł„َŲ¹َŁ„َّهُŁ…ْ يَŲ±ْŲ¬ِŲ¹ُŁˆŁ†َ

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar Rum : 41)



Gambar lima tahun lalu di Padang Tok Syeikh Gunung Jerai bersama kekanda
Cikgu Kuazmi

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo