Responsive Ad Slot

Laporan Trend Sosial 2021 (Hootsuite)






Laporan Social Trends 2021 oleh Hootsuite (2020) memaparkan 5 trend utama media sosial yang diramal berlaku pada tahun 2021 yang boleh dimanfaatkan untuk mencari kaedah-kaedah yang paling berkesan untuk menambah trafik, mendapatkan bakal klien, dan menarik pelanggan-pelanggan baru pada tahun 2021. Laporan ini juga turut memuatkan contoh-contoh sebenar yang telah berlaku dalam industri serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi menerapkan trend-trend tersebut dalam praktis pada tahun hadapan.

Laporan Hootsuite ini berasaskan kajiselidik terhadap 11,189 pemasar pada suku ketiga tahun 2020 dan ditambah temuduga dengan pakar-pakar industri serta data dan laporan yang telah diterbitkan oleh Deloitte, Edelman, eMarketer, Forrester, GlobalWebIndex, The CMO Survey, dan lain-lain.

PENDAHULUAN: PLATFORM SOSIAL PALING BERKESAN BAGI TAHUN 2021

61 peratus daripada syarikat-syarikat perniagaan merancang untuk meningkatkan belanjawan mereka untuk Instagram, dan hampir separuh merancang yang sama untuk Facebook, YouTube, and LinkedIn. TikTok pula walaupun sering digembar-gemburkan, namun tidak menunjukkan peningkatan dalam aturan pelaburan.

Dalam hal ini, pasaran dengan bijaknya mengekori pertumbuhan pengguna yang paling pesat. Instagram mencatatkan pertambahan pengguna baru paling besar, lebih besar dari Facebook antara Julai dan September 2020. Jangkauan pengiklanan Instagram juga meningkat 7.1%, lebih tiga kali ganda daripada Facebook pada 2.2%. Memandangkan peruntukan pemasaran 2021 dikurangkan, tidaklah menghairankan para pemasar memberi fokus pada pilihan yang dikenali daripada mencuba platform-platform dan taktik-taktik baharu.

Dari segi keberkesanan pula bukti menunjukkan secara keseluruhannya Facebook dianggap platform sosial paling berkesan bagi mencapai matlamat-matlamat syarikat perniagaan, diikuti Instagram pada tempat kedua.

Selain itu, Twitter dan Pinterest dilihat sebagai saluran paling berkesan bagi pemasar-pemasar yang tidak melabur dalam pengiklanan berbayar. Pinterest terutamanya menerima markah tertinggi bagi memacu penukaran kepada proses terakhir dalam pemasaran iaitu pembelian.


Rujukan
Social Trends 2021, Hootsuite
.
Sumber: https://www.facebook.com/QGenAnalysts/photos/pcb.2816282378660626/2816281488660715/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo