NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan PN Perak Kekal, Kemelut Politik Selesai


Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak dijangka akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Menurut sumber PAS Perak, mereka dijangka akan menghadap Sultan Nazrin sekitar jam 4.30 petang nanti.

Katanya, pertemuan itu akan menyembah maklum keputusan muktamad yang dicapai kedua-dua parti berhubung pembentukan kerajaan Perak.

"Alhamdulillah, demi rakyat MUAFAKAT dimeterai. Utamakan persamaan yang terlalu banyak jua berbanding dengan perbezaan yang teramat sedikit cuma. Tahniah Kerajaan PN Perak dikekalkan.... UMNO+PAS+BERSATU"  twit ringkas Setiausaha Agung PAS, Dato Takiyuddin Hassan.

Beliau turut berkongsi proses Muafakat yang dimenterai di antara ketiga-tiga Presiden Parti Politik terbesar Melayu
Hari ini pertemuan khas diadakan di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan tersebut diadakan bagi berunding untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di Perak.





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo