NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin DAP Sarawak, Aziz Isa Diarah Bayar RM8 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pemimpin DAP Sarawak Abdul Aziz Isa Bin Marindo membayar RM8 juta kepada Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff. 

Timbalan Pendaftar, Nor Afidah Idris, berkata Penghakiman Ingkar mencatatkan TIADA KEHADIRAN dimasukkan oleh Defendan dinamakan di atas dalam tindakan ini.

ADALAH PADA HARI INI DIHAKIMKAN bahawa defendan hendaklah membayar kepada Plaintif gantirugi sebanyak
RM8,000,000.00 termasuk gantirugi keterlaluan dan/atau gantirugi teladan untuk libel;

Plaintif diberikan injunksi untuk menghalang Defendan sama ada menerusi Defendan sendiri, agen dan/atau pekerja dan/atau sesiapa pun daripada menerbitkan Kenyataan-Kenyataan Fitnah seperti dinyatakan di dalam Pernyataan 
Tuntutan bertarikh 28 Julai 2020 atau apa-apa penerbitan yang mempunyai kesan terhadap Plaintif;

Defendan menerbitkan suatu kenyataan mengakui ketidakbenaran Kenyataan-
Kenyataan Fitnah seperti dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 28 Julai 2020 serta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Plaintif dalam bentuk dan kaedah yang ditetapkan oleh Plaintif;

Defendan membayar faedah pada kadar empat peratus (4%) setahun ke atas 
gantirugi sebanyak RM8,000,000.00 dari tarikh Writ Saman bertarikh 28 Julai 2020 hingga penyelesaian penuh; dan
(e) Defendan hendaklah membayar kos tindakan ini sebanyak RM10,000.00 kepada Plaintif.

Perintah yang ditandatangani Afidah itu bertarikh 6 November 2020.

Untuk rekod, Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff telah menghantar tiga surat tuntutan kepada tiga  pemimpin DAP, termasuk Abdul Aziz Isa Marindo.

Kenyataan pengerusi DAP Batu Kitang itu dimuat naik di Facebooknya pada 7 Jun 2017.

Latarbelakang kes:

https://www.sarawakvoice.com/2020/06/25/pensyarah-universiti-mahu-saman-pemimpin-dap-sarawak-abdul-aziz-isa-rm5-juta/%3famp

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo