NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kisah Garmin Yang Berjaya Bangkit Dan Bersaing Semula


Sebelum lahirnya telefon pintar pada tahun 2007, Garmin merupakan syarikat yang mempelopori pasaran didalam penghasilan sistem navigasi yang menggunakan teknologi Global Positioning System (GPS) untuk pengguna.

Teknologi GPS ini mula diperkenalkan pada era 1970-an dan digunakan secara meluas didalam ketenteraan pada era tersebut sebelum dibenarkan digunakan oleh orang awam pada akhir era 1980-an.

Pengunaan GPS dibenarkan kepada orang awam setelah berlakunya krisis di mana pesawat Korean Air telah ditembak jatuh oleh Soviet Union kerana menceroboh ruang udara mereka. Selepas peristiwa tersebut, Presiden Ronald Reagan telah membenarkan penggunaan teknologi GPS untuk masyarakat awam.

Pada waktu tersebut iatu tahun 1989, dua orang rakyat Amerika Syarikat bernama Gary Burrell dan Min H. Kao telah menubuhkan Syarikat Garmin yang menyediakan alat GPS untuk kegunaan orang ramai.

Pelanggan pertama syarikat mereka adalah Tentera Amerika Syarikat yang telah menggunakan teknologi GPS yang dibangunkan oleh Garmin di dalam perang teluk pertama. Syarikat ini berjaya membangunkan teknologi GPS secara besar-besaran untuk kegunaan tentera.

Pada awal tahun 2000-an, Garmin semakin berkembang dengan pesat kerana mereka adalah satu-satunya syarikat yang berjaya membangunkan teknologi GPS dengan tepat berbanding dengan pesaing yang lain. Disebabkan teknologi GPS ini telah banyak membantu orang ramai mengesan kedudukan mereka dengan tepat untuk navigasi, jualan Garmin ini telah meningkat dengan begitu mendadak.

Pada tahun 2000, sebanyak 3 juta unit peralatan GPS telah berjaya dijual oleh syarikat tersebut.

Pada tahun itu juga, syarikat ini telah menyenaraikan saham mereka di NASDAQ bagi mengembangkan lagi operasi syarikat. Garmin telah mendominasi pasaran navigasi terutamanya di dalam kenderaan penumpang.

Kemuncak kejayaan syarikat ini adalah pada tahun 2008 di mana harga saham syarikat ini berada pada paras yang paling tinggi iaitu sekitar USD125 dan pendapatan syarikat mencecah USD3.5 bilion.

Namun ianya tidak bertahan lama disebabkan oleh kemunculan telefon pintar.

Pengenalan telefon pintar oleh Apple dan Google telah menyebabkan Garmin sukar untuk mendominasi perkhidmatan navigasi kerana telefon pintar yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat ini mempunyai sistem navigasi yang lebih baik daripada Garmin.

Selain daripada kegawatan ekonomi yang melanda, orang ramai mula beralih kepada aplikasi telefon pintar seperti Google Map, Ovi Map dan juga Waze. Ianya telah menenggelamkan sistem navigasi yang dimiliki oleh Garmin kerana kelebihan utama yang dimiliki aplikasi navigasi dalam telefon pintar adalah laporan keadaan trafik secara langsung.

Dengan kemudahan yang disediakan oleh telefon pintar dalam aplikasi mereka, jualan barangan navgasi Garmin mula menjadi tidak relevan pada waktu tersebut. Jualan syarikat turun, harga saham pun merudum.

Syarkat ini yang menyedari trend semasa telah memaksa mereka mengubah model perniagaan. Garmin sedar bahawa mereka tidak mampu lagi untuk mengharapkan jualan navigasi kenderaan yang mana dulunya merupakan pendapatan utama syarikat mereka.

Garmin mula mengembangkan sistem navigasi mereka kepada pelbagai kategori. Di antaranya adalah untuk kesihatan, yang mana syarikat ini telah membangunkan jam pintar mereka sendiri.

Jam pintar yang dibangunkan oleh Garmin ini mempunyai kelebihan yang tersendiri yang mampu bersaing di dalam pasaran jam pintar yang juga disertai oleh Apple dan Google.

Selain itu juga, Garmin turut memperluaskan navigasi mereka ke dalam sistem aeroangkasa dan marin, di mana kedua-dua sektor ini mempunyai pasaran yang besar dan pesaing mereka bukanlah syarikat gergasi dari Silicon Valley.

Dengan mengubah model perniagaan mereka, Garmin telah berjaya mengharungi detik sukar. Dalam tempoh satu dekad sejak kegawatan ekonomi yang melanda dunia pada tahun 2008, kali ini kita dilanda krisis pandemik Covid-19 pula.

Walaupun demikian, kini Garmin terus berkembang kerana permintaan untuk jam tangan pintar mereka mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Sumber Rujukan:

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo