Responsive Ad Slot

Covid 19:Kluster Teratai Catat Lebih 4,000 Kes Positif

0

 Oleh M. HERMAN HAMID

24 NOV: Sebanyak 167 kluster COVID-19 masih dalam pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan 36 daripadanya melaporkan pertambahan kes baru hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (libatkan pekerja kilang sarung tangan getah di Kapar, Selangor) dengan 1,511 kes, Kluster Tembok (103 kes), dan Kluster Bintang (69 kes).

“Sebanyak 107 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes) dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, kata Noor Hisham, peningkatan kes mendadak di negeri-negeri Lembah Klang secara amnya dan di negeri Selangor secara khususnya kebelakangan ini adalah berkait rapat dengan kluster-kluster di tempat kerja.

Katanya, sehingga kini, terdapat 119 kluster yang dilaporkan adalah berkaitan tempat kerja dan daripada jumlah itu, sebanyak 36 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 83 buah kluster lagi masih aktif sehingga ke hari ini.aring di mana sebanyak 12,079 kes telah didapati positif COVID-19. Ini melibatkan 4,398 kes warganegara dan 7,681 kes adalah bukan warganegara.

“Lima kluster tempat kerja yang tertinggi dilaporkan setakat ini ialah Kluster Teratai (4,036), Tapak Bina Damanlela (1,539), Cergas (1,337), Hentian (1,101) dan Kaya (900),” ujarnya.

Sementara itu, jelas Noor Hisham, pendekatan yang telah diambil dalam gelombang ketiga seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tertentu adalah untuk menjaga kepentingan kesihatan dan ekonomi.

Walau bagaimanapun, katanya, kejayaan strategi ini memerlukan kerjasama yang sangat tinggi daripada para majikan bagi memastikan semua amalan pekerjaan dan para pekerja sentiasa patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja daripada kalangan bukan warganegara, majikan bertanggungjawab menyediakan tempat kediaman pekerja yang kondusif serta memastikan pekerja mereka sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 di kediaman dan tempat kerja.

“KKM menyeru pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan COVID-19 di Malaysia. Seperti kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.,” jelasnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo