NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CRIME ALERT: Awas! Taktik Licik Penyamun Pancitkan Tayar

Jika anda selalu meletakkan kenderaan di kawasan sunyi atau kurang kenderaan lain, pastikan anda telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan taktik terkini yang digunakan oleh penjenayah dengan meletakkan objek tajam seperti paku di bahagian tayar belakang kenderaan supaya ianya pancit sebelum melakukan samun terhadap mangsa.

Ikuti modus operandi penjenayah tersebut dan nasihat daripada PDRM untuk mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya:

1. Penjenayah akan cuba memancitkan tayar kenderaan dengan meletakkan objek tajam seperti paku agar dapat dijadikan sebab untuk pemandu berhenti dan turun.

2. Penjenayah akan mengekori mangsa dan meminta pemandu berhenti di tepi jalan ekoran kerosakan pada tayar tersebut.

3. Setelah pemandu turun, penjenayah yang mengekori mangsa dari belakang akan menyamun barang berharga seperti beg tangan, telefon bimbit, komputer riba di dalam kenderaan dan terus melarikan diri.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan taktik berkenaan, pastikan berdua atau lebih sekiranya pergi ke tempat yang sunyi. 

Sekiranya mengalami masalah kerosakan kereta, pastikan berhenti di tempat orang ramai agar risiko untuk disamun dapat dielakkan.

Layari juga Media Sosial Rasmi PDRM untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini di:

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo