NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

266 Kes Bunuh Diri Sejak PKP Dilaksanakan

Petaling Jaya, 18 November 2020 - Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad meragut nyawanya sendiri ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia sekali gus menunjukkan secara purata lebih 30 orang bunuh diri sebulan atau seorang setiap hari dalam tempoh berkenaan.

Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din berkata, sebanyak 25 peratus daripada 266 kes bunuh diri berpunca daripada bebanan hutang yang tinggi, diikuti masalah keluarga (24 peratus) dan kes rumah tangga (23 peratus).

Menurutnya, selain tiga motif itu, bunuh diri atas faktor cinta turut mencatatkan 15 peratus dalam tempoh sama.

"Punca bunuh diri yang lain termasuk bebanan kerja, halusinasi, mental, media massa serta dadah pula direkodkan sebanyak 13 peratus," katanya.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Kosmo seperti berikut

Sumber: Kosmo
( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo