NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagaimana Pilihan Raya AS Boleh Mempengaruhi Malaysia



Pandemik Covid-19 tidak langsung menjadi penghalang untuk melaksanakan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Sehingga 27 Oktober 2020, seramai 62 juta pengundi telah mencampakkan pilihan mereka (Sprunt, 2020) antara Joe Biden (Demokratik) dan Donald Trump (Republikan).

Ianya memungkinkan yang keputusan pilihan raya tidak dapat diumumkan pada 3 November pun.

Namun apabila berbincang tentang topik ini, tentu ada yang tertanya-tanya: peduli apa kita? Sebenarnya pertanyaan ini memang betul.

Cuma Biden dan Trump mempunyai pembawaan jauh berlainan antara satu sama lain. Selepas mengejutkan dunia dengan kemenangan pada tahun 2016, Trump telah mengundurkan Amerika Syarikat daripada pencak globalisme.

Semasa berkempen, Trump mencetuskan kekecohan kerana ingin membina tembok sepanjang sempadan Mexico.

Sehingga Oktober 2020, Tembok Trump hanya menggantikan tembok sedia ada (597 kilometer daripada jumlah 3,145 kilometer). Beliau juga ingin mengharamkan kemasukan warga-warga daripada tujuh negara Islam.

Dasar perdagangan Amerika Syarikat dibawah Trump ternyata jauh berlainan berbanding pendekatan Barack Obama.

Pada penggal pertama, Obama berjaya membuat tiga perdagangan bebas bersama Korea Selatan, Colombia dan Panama (Abrams, 2011).

Trump pula mengembalikan kadar tariff untuk mengurangkan defisit perdagangan negara.

Pentadbiran beliau menetapkan kadar mengikut bahan membuat sesuatu barangan (besi dan aluminum misalnya) dan barangan itu sendiri (mesin basuh contohnya).

Banyak tariff dikenakan terhadap China, mencetuskan perang perdagangan (Paquette, et al., 2018). Seperti yang boleh dibayangkan, China membalas serangan tariff.

Negara-negara lain seperti Canada, India dan Mexico pun menetapkan tariff juga. Malah sebenarnya, sekutu-sekutu Amerika Syarikat dihukum dengan lebih banyak tariff berbanding China sendiri (Long, 2018).

Berikut merupakan perbandingan defisit perdagangan antara Obama dan Trump mengikut tempoh penggal:

BO DT
Tahun 1 $-396.45B $-575.34B
Tahun 2 $-513.90B $-638.21B
Tahun 3 $-579.46B $-576.9B
Tahun 4 $-568.57B – *

Trump belum berjaya mengurangkan defisit perdagangan. Bercakap tentang perdagangan bebas dan tariff, Trump telah mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Hal ini mempengaruhi Malaysia secara langsung. TPPA menjaminkan sebuah perdagangan lancar tanpa sebarang halangan atau diskriminasi.

Pada 1 Oktober, Amerika Syarikat telah mengharam pengimportan minyak sawit FGV atas dakwaan buruh paksa (Reuters, 2020).

Jika Malaysia dan Amerika Syarikat diikatkan dengan TPPA, masalah ini boleh diselesaikan melalui mahkamah timbang tara khas TPPA. Tanpa TPPA, keputusan Amerika Syarikat akan diteruskan begitu sahaja.

Di sini jelas, Malaysia boleh menggunakan kaedah ISDS (penyelesaian pertikaian) yang dijamin TPPA (yang Trump tidak suka).

Dari segi imigrasi pula, Malaysia memang sedang berusaha untuk mendapatkan status US Visa Waiver Program (USVWP).

Status ini membolehkan warga asing memasuki Amerika Syarikat tanpa perlu memohon (dan membayar) visa. Harap maklum kemasukan hanyalah sementara.

Namun dengan kedudukan Trump tentang imigrasi dan kegagalan Trump menguruskan pandemik Covid-19, USVWP pun kelihatan sukar dicapai.

Inilah contoh bagaimana Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat boleh mempengaruhi Malaysia. Penilaian bahawa “mereka semua sama” jelas sekali tepat hanya dalam kategori kepentingan Amerika Syarikat.

Sudah nama Presiden Amerika Syarikat, memanglah kena jaga kepentingan Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun pemahaman seorang presiden tentang “kepentingan” itu sendiri seringkali berbeza antara satu sama lain. Perbezaan inilah boleh digunakan negara-negara lain sebagai kesempatan untuk membangun.

Sumber: https://theoutlook.asia/bagaimana-pilihan-raya-presiden-boleh-mempengaruhi-malaysia/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo