NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amerika Dan Pasaran Ideologi

Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

1983 merupakan tahun yang penting dalam penguasaan Amerika dalam politik dunia. Saat ini mereka sedang merancang konflik sesama umat Islam iaitu Perang Iran-Iraq (1980-1988) bagi menyekat kebangkitan Islam yang dikenali Revolusi Iran 1979.

Pada tahun ini juga Amerika sedang berada di kemuncak persaingan kuasa dengan Soviet sejak 1947 lagi. Soviet memasarkan ideologi Sosialis Komunis dengan bentuk pemerintahan Autokrasi.

Untuk menjuarai politik dunia ini, Amerika memperuntukkan berbillion dollar untuk menubuhkan dan menaja badan badan tertentu bagi memasarkan demokrasi-liberal

Mereka merasakan ‘demokrasi-liberal’ adalah penyelesaian bagi menghadapai autokrasi Soviet dan Revolusi Iran. Antara badan yang ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah kepimpinan Presiden Ronald Reagan ialah;

1) National Endowment Of Democracy (NED)
2) National Democratic Institute (NDI)
3) International Republican Institute (IRI)

Selain itu, pada tahun 1983 juga munculnya lakaran New Middle East (Pemetaan Semula Asia Barat). Lakaran ini boleh dikatakan dimulakan oleh Oded Yinon (Israel) pada 1982 dan diterbitkan pada 1983.

Kemudian terlakarnya pemetaan semula Asia Barat yang dilakarkan secara serius oleh Bernard Lewis pada 1983. Agenda ini beroperasi sehinggalah diisytiharkan oleh Netanyahu baru baru ini.

Boleh baca tulisan lama saya tentang badan badan di bawah Amerika;


Agenda Amerika menguasai politik dunia era Ronald Reagan ini perlu diteliti semula pada hari ini. Perlu sedar bahawa mereka sangat berpegang bahawa Demokrasi-Liberal adalah jalan yang paling tepat untuk mengekalkan kekuasaan Amerika.

Pada 2001 mereka memasarkan Islamofobia melalui peristiwa 11 September pada zaman Bush. Kemudian Arab Spring pada 2011 pada zaman Obama. Dengan memasarkan Islamofobia, dunia semakin melihat keperluan kepada Demokrasi-Liberal pasaran Barat.

Termasuk orang Islam sendiri yang terkesan dengan pasaran tersebut. Akhirnya muncullah Post Islamism dan Pop Islamism. Sejarah panjang ini tak mungkin berhenti begitu sahaja. Zaman Trump pula memasarkan normalisasi.

Dasar seperti ini dilihat akan diteruskan oleh Biden dalam kerangka yang liberalism yang lebih ‘lasak’. Iaitu dengan memasarkan secara besar besaran elemen liberalism, sealiran dengan sistem demokrasi barat.

Liberalism ini ada kaitannya dengan populism, realism, pragmatism, humanism, feminism dan sewaktu dengannya. Maka kita akan saksikan bagaimana sengitnya cabaran dalam pertembungan ideologi.

Badan badan tertentu akan ditaja dan digunakan ke arah memasarkan liberalism ke serata dunia. Sudah pastinya orang orang Islam juga akan terkesan dengan pasaran ideologi ini sehingga terheret kepada longgarnya prinsip prinsip di kalangan Umat Islam, dan fenomena kecairan jati diri.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo