NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yang paling....



oleh:Mohd Nasir Abdullah
19 Oktober 2020

YDPA yang paling tenang kerana berjaya mengawal keadaan politik negara daripada menjadi kucar kacir menghalang tindakan politikus untuk merampas kuasa konon dengan sokongan. 

Tun Mahathir yang paling berkuasa. Cakaplah apa pun, jika nak cuba jadi PM semasa dia masih hidup, calon itu perlukan sokongan, restu atau persetujuan dia dahulu. Jika tidak, insyaAllah tak akan berjaya hasrat politikus itu untuk menjadi PM.

Anwar yang paling berserabut. Tanpa dia, politik negara akan menjadi lebih aman. Dengan pembohongan demi pembohongan, disokong pula oleh golongan yang gilakan kuasa, dia dilihat sebagai seorang yang terdesak, sanggup menggunakan apa sahaja bagi mencapai tujuan politiknya. 

Jangankan orang lain dia sanggup gadai, bahkan dirinya sendiri dia gadaikan untuk tunduk melutut kepada Tun Mahathir demi untuk menjadi PM. Sedangkan Tun adalah musuhnya yang utama. Jika dirinya sendiri dia gadai, apa jaminan rakyat tidak akan digadai demi cita-citanya?

Muhyiddin yang paling goyah. Dia agak tenggelam dengan desakan Umno bagi mendapatkan lebih tempat dalam kerajaan. Ditambah dengan keadaan kesihatan yang kurang baik, dia mungkin tidak mampu menahan tekanan dari Umno. Dia kelihatannya akan tunduk. Atau mungkin lebih jauh dia terpaksa meletakkan jawatannya?

Zahid yang paling meragukan. Apabila dia menyatakan bahawa ahli Umno berhak untuk menyokong Anwar. Dia diragui kerana hubungan baiknya dengan Anwar semenjak dahulu. Dia juga diragui boleh menjahanamkan hubungan PN. Walaupun tujuannya hanya bayangan bagi memberikan tekanan kepada Muhyiddin bagi mendapatkan kelebihan kepada Umno. Ditambah dengan khabar angin kes dia yang dikatakan bakal mendapat perlepasan jika Anwar menjadi PM, menambahkan lagi keraguan. Harapnya tidak sampai ke tahap itu.

Tengku Razaleigh yang paling mengejutkan. Kuli secara tiba-tiba muncul di celah-celah kekalutan Anwar mahu menjadi PM. Akhirnya Kuli pula yang dijemput ke istana selepas Anwar. Dan dimaklumkan semua wakil-wakil parti telah dibatalkan pertemuan mereka dengan YDPA setelah Kuli mengadap. Mengejutkan, tetapi tidak boleh menolak kemungkinan dia akan menjadi pemecah kepada masalah ini. Dengan pengalamannya, dia bukanlah hanya datang sebagai pengacau. Wataknya dipercayai lebih dari itu.

Umno yang paling merisaukan kerana dalam keadaan agak genting, mereka menyatakan hasrat untuk menimbang bagi menarik semula sokongan mereka kepada Kerajaan PN. Ia sebenarnya boleh dilakukan secara tertutup bagi mendapatkan persetujuan baharu berbanding menguar-uarkan kepada umum gerakan mereka. Apa lagi ketika Anwar sudah berjumpa YDPA.

Bersatu yang paling kena bertolak ansur kerana terlalu banyak posisi yang dimiliki walaupun tidak banyak kerusi yang ada. Ketamakan akan hanya mengundang rasa tidak puashati rakan-rakan. Jika sememangnya niat untuk menjadikan Malaysia lebih baik dan sejahtera, maka sikap bertolak ansur perlu diamalkan.

PKR yang paling keliru. Apa tidaknya, jika Anwar gagal dalam usahanya mahu menjadi PM, maka apa lagi yang akan mereka mahu perjuangkan? Mereka tiada aura kecuali Anwar. Itu pun dengan harapan kisah sedih 22 tahun lalu masih hinggap di hati rakyat. Namun setelah sekian lama, rakyat sudah menghidu dan penipuan juga terserlah. Masakan rakyat tidak terfikir kes Anwar itu diampunkan, bukan didapati tidak bersalah. Nanti jika benar pengampunan Anwar tidak sah, insyaAplah tamatlah riwayat PKR.

DAP yang paling bahaya kerana secara tiba-tiba mereka boleh kembali menyokong Anwar walaupun pada permulaan plot ini, mereka kononnya menentang Anwar kerana mengkhianati. Berbeza dengan sikap mereka terhadap PAS ketika mereka menuduh PAS khianat dahulu. Saban hari mereka menyerang PAS. Begitu juga Umno, menandakan besarnya benci mereka. 

Tetapi dengan Anwar, mereka tidak bersikap demikian, hanya berkata khianat tanpa menyerang. Siapa yang agaknya tidak kisah jika dikhianati? Oleh itu kemungkinan mereka hanya menanti peluang untuk masuk bersama adalah amat tinggi jika Anwar berkuasa nanti. Lihat juga posting terbaharu Ronnie Liu berkenaan rusuhan anti raja di Thailand. Apa yang dia mahukan?

Pan yang paling tiada prinsip. Makankan tidak, tiba-tiba sahaja nak ajak Umno bergabung dengan mereka. Sepatutnya mereka ajak Azmin dan Bersatu kembali kepada mereka sebab sewaktu mula-mula dahulu, mereka sudah berjanji setia dengan keduanya. Dan juga sudah menjadi kerajaan. Sedangkan Umno, apa yang tidak mereka sumpah seranahkan ketika berkempen dahulu? Nampaknya sial cara mereka berpolitik masih melekat pada mereka. Jadi bagaimana mereka hendak membuang sial Langkah Sheraton sedangkan merekalah sial itu?

Hanya PAS parti yang paling dipercayai diyakini dan tidak berkhianat. Presidennya tidak menambah luka Muhyiddin ketika diserang. Tidak mengugut untuk menyokong Anwar. Kekal setia dengan rakan PN. Tidak juga menafikan hak Umno untuk meminta kedudukan yang lebih dalam PN. Menghormati rakan MN. Tidak memandang rendah keupayaan Kuli. PAS mengarahkan semua ahlinya bertenang tidak membuat apa-apa masalah. Mendengar dan mentaati arahan pimpinan supaya keadaan tidak menjadi lebih parah. Asal jangan Islam dan Melayu rugi, PAS tenang sahaja dan mendamaikan.

Alangkah indahnya jika berpolitik mengikut lunas Islam. Bukti ini bukan kali pertama tetapi ketika bergabung dengan parti-parti lain dahulu juga, begitulah sikap PAS. PAS tidak sempurna, tetapi paling baik sekurang-kurangnya buat masa sekarang.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo