NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ulangkaji kategori pesakit COVID-19

oleh:Dr Suhazeli Abdullah
6.10.2020
Tengkawang

Mari kita ulangkaji kategori pesakit dalam rantaian pengurusan COVID-19. Ramai sudah jadi panik akibat kluster politik PRN Sabah. Tak apa, itu urusan mereka untuk uruskan diperingkat atasan.

Tugas saya adalah terangkan semula lapisan kategori pesakit yang terlibat dalam COVID-19. Jom baca seterusnya.

INDEX CASE 

---> Adalah kes yang didapati sahih positif melalui ujian swab kerongkong (secara tepatnya RT-PCR).

❗️Index Case (IC) diwajibkan masuk hospital COVID-19 untuk rawatan minima 14 hari.

❗️Dibenarkan keluar hanya keputusan ujian negatif.

❗️Kontak Rapat beliau akan diarahkan menjalani saringan.

PERSON UNDER INVESTIGATION (PUI)

---> Adalah kontak rapat kepada IC. PUI ini lapisan 1.

❗️Maksud Kontak Rapat adalah: 

šŸ‘Ø‍šŸ‘Ø‍šŸ‘§‍šŸ‘¦ yang pernah bersosial / berprogram  dengan IC melebihi 15 minit, lebih-lebih lagi di kawasan yang tertutup.

šŸ‘Ø‍šŸ‘©‍šŸ‘¦ Duduk serumah atau sepejabat dalam ruang waktu yang munasabah.

šŸ‘Ø‍šŸ‘Ø‍šŸ‘§‍šŸ‘¦ duduk bersama dengan IC dalam jarak yang rapat.

šŸ‘©‍❤️‍šŸ‘Ø bersentuhan fizikal dengan IC.

Petugas kesihatan yang menguruskan IC tanpa memakai alat perlindungan.

Apa yang PUI kena buat?

❗️PUI diwajibkan jalani ujian saringan COVID-19.

❗️Jika keputusan POSITIF --> Status bertukar jadi IC.

❗️Jika keputusan NEGATIF: Hendaklah kuarantin kat rumah selama minima 14 hari. Ujian saringan akan dibuat secara berkala mengikut keperluan.

❗️Jika BERGEJALA dalam tempoh tersebut WAJIB di kuarantin kat pusat kuarantin yang ditetapkan. 

❗️pohon jujur dengan istilah kuarantin kat rumah. Jangan ke sana ke sini dan ikut arahan kuarantin dari pejabat kesihatan.

šŸ‘ Program atau mesyuarat maya boleh dijalankan. COVID-19 tidak berjangkit melalui internet.

PERSON CLOSED CONTACT PUI

---> Adalah individu lapisan ke 2. Di mana beliau tidak pernah bersua dengan IC tetapi berhubung rapat dengan PUI. 

❗️Selagi PUI berkeputusan negatif beliau tetap jadi lapisan ke 2.

❗️Jika PUI POSITIF --> dia bertukar status PUI pula.

Apa perlu dia buat?

❗️Jangan panik. Duduk rileks. Jangan kepoci.

❗️Tunggu keputusan ujian dari lapisan 1 - PUI. Selagi keputusan tak keluar, buat kuarantin kendiri kat rumah. Biasanya keputusan keluar dalam tempoh 48-72 jam.

❗️Kalau PUI POSITIF dia wajib jalani ujian swab kerongkong.

❗️Kalau PUI NEGATIF --> Beliau bebas! Tetapi senantiasa kena selalu beringat. Kalau bergejala sila tampil ke klinik untuk saringan.

LAPISAN KE 3

---> Individu yang tiada kena mengena dengan mana-mana lapisan di atas.

❗️JANGAN PANIK 

❗️Hidup seperti biasa dalam norma baharu.

❗️Patuhi SOP 

❗️Beri nasihat yang baik-baik, jangan kutuk orang. Nasib dan rezeki setiap kita berbeza-beza.

Sekian.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo