Temujanji Pertama Liu Ala P Ramlee Dalam 'Seniman Bujang Lapok'

Beijing: Lazimnya detik janji temu pertama kebanyakan pasangan kekasih pasti meninggalkan kenangan manis.

Namun, lain pula dengan lelaki di China ini apabila pertemuan pertamanya dengan seorang wanita menjadi mimpi ngeri.

Apakan tidak, wanita itu datang membawa 23 saudara dan rakannya kononnya untuk menguji kemurahan hati lelaki yang baru dikenalinya itu.

Apakan tidak, wanita itu datang membawa 23 saudara dan rakannya kononnya untuk menguji kemurahan hati lelaki yang baru dikenalinya itu.

Global Times melaporkan lelaki dikenali sebagai Liu berusia 29 tahun dari wilayah Zhejiang itu bersetuju bertemu wanita itu buat pertama kali selepas diperkenalkan oleh ibunya.

Mereka memilih mengadakan pertemuan di sebuah restoran di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China.

Namun, lelaki itu kecewa apabila wanita terbabit turut membawa kenalan dan saudaranya untuk makan bersama mereka.

Lelaki itu akhirnya memutuskan meninggalkan makan malam itu lebih awal dan dimaklumkan perlu membayar bil berjumlah 19,800 yuan (RM12,311).

Namun, dia tidak mahu membayarnya dan meninggalkan restoran terbabit.

Menyedari lelaki itu menghilangkan diri, wanita itu terpaksa membayar bil makanan itu sendiri kerana Liu gagal dihubungi.

Liu akhirnya bersetuju membayar untuk dua meja saja dan selebihnya 15,402 yuan (RM9,576) perlu dibayar wanita itu.

Insiden memalukan itu tersebar meluas di China dengan kebanyakan warganet melahirkan simpati kepada Liu dan menggelar wanita itu tidak tahu malu.

- HMetro
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post