NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya Tak Akan Maafkan Najib Sampai Bila-bila - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR – 
Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau tidak dapat memaafkan Datuk Seri Najib Razak ‘sampai bila-bila’.

Menurut Mahathir, pada suatu ketika beliau sangat menyenangi Najib sampai berusaha bersungguh-sungguh agar Najib boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Tidak cukup dengan itu, katanya, beliau juga berusaha agar Najib boleh menggantikan Pak Lah namun persepsinya terhadap Najib berubah bila anak bekas Perdana Menteri itu mengetuai negara.

Ini kerana, ujarnya, Najib telah membuatkan orang semakin benci dengan UMNO

“Saya tak boleh maaf orang yang menghancurkan parti, sampai orang benci kepada UMNO.

“Masa pilihan raya dulu Pak Lah (Abdullah Badawi) menang lebih daripada saya, namun sekarang orang tolak Pak Lah, orang tolak Najib, pencapaian Najib lebih teruk daripada Pak Lah

“Orang yang menghancurkan UMNO saya tak boleh maaf, sampai bila-bila,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dalam program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, kesungguhannya hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri dulu telah menyebakan tercetusnya perkelahian antara beliau dan Pak Lah.

“Tetapi bila Najib menjadi Perdana Menteri, beliau sudah ‘bertukar’…umpamanya isterinya dimarahi orang kerana cuba nak menonjol diri, cara dia berbelanja dan sebagainya.

“Tetapi saya tidak begitu peduli tentang Rosmah, saya lebih tertumpu pada Najib…sebagai pemimpin, dia mesti menjaga maruahnya.

“Namun dia terus mempertahankan isterinya,” kata Mahathir  Malaysia Gazette    


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo