PRK Batu Sapi : Jujurkah Lim Kit Siang?

Sepantas kilat pemimpin DAP, Lim Kit Siang, menyatakan persetujuan bila Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam, Andrew Khoo, mencadangkan agar laluan diberikan kepada calon WARISAN untuk menang tanpa bertanding dalam PRK Batu Sapi.

Alasan yang Lim Kit Siang berikan supaya calon WARISAN diberikan laluan untuk menang tanpa bertanding dalam PRK Batu Sapi ini adalah kerana ia kononnya penting “demi kesihatan dan keselamatan pengundi di kawasan tersebut serta rakyat Sabah dan Malaysia”.

Bayangkan jika PRK ini adalah membabitkan kerusi yang bukan dimiliki oleh kawan DAP seperti WARISAN tetapi adalah membabitkan kerusi yang dimiliki oleh lawan DAP seperti UMNO, BERSATU, PAS, MCA, PBS atau STAR, apakah reaksi sama akan beliau berikan?
Tidakkah nanti akan kedengaran hujah-hujah seperti:

(1) Kerusi ini adalah kubu kuat kami dalam PRU-PRU sebelum ini dan baru sekali sahaja dimenangi oleh lawan kami dalam PRU 14 lalu, itu pun dengan majoriti yang kecil, oleh itu tidakkah memberikan kemenangan percuma kepada lawan kami dalam PRK ini adalah satu ketidakadilan malah bertentangan dengan realiti sokongan sebenar di kerusi ini.

(2) Jika kesihatan dan keselamatan para pengundi di kawasan tersebut serta rakyat Sabah dan Malaysia yang menjadi kebimbangan utama jika PRK ini dilangsungkan maka mengapa tidak boleh PRK ini dilangsungkan dengan penggunaan prosedur operasi seragam (SOP) baru yang lebih ketat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak terjaga.

(3) Memberikan kemenangan percuma kepada lawan kami dalam PRK ini adalah menodai hak asasi dan hak demokratik para pengundi di kawasan tersebut sedangkan hak untuk memilih siapa sahaja yang mereka suka sebagai wakil mereka di Parlimen dijamin bukan sahaja oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi juga oleh Deklarasi Hak-Hak Manusia Sejagat.

(4) Memberikan kemenangan percuma kepada lawan kami dalam PRK ini atas alasan mahu menjaga kesihatan dan keselamatan para pengundi di kawasan tersebut bukanlah satu pilihan terbaik dalam keadaan perbezaan majoriti sangat kecil di Parlimen sekarang kerana peralihan hanya satu kerusi sahaja akan memberi impak yang besar kepada kedudukan kerajaan.

(5) Jika kerajaan benar-benar serius mahu menjaga kesihatan dan keselamatan para pengundi di kawasan tersebut kerajaan sepatutnya mendaruratkan kawasan tersebut dan hanya menariknya balik seterusnya melangsungkan PRK setelah ancaman benar-benar tiada kerana walau kami tidak bertanding sekalipun tetap ada calon lain yang akan bertanding.   

Tulisan Lim Kit Siang boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/35787761072/posts/10157336628141073/


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post