NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH malapetaka negara?



Ada satu org post kat saya dan bertanya mengapa PAS khianati UMNO dengan mengadakan kerjasama dgn BERSATU dan menubuhkan PN?.

Saya tanya kat mana yg dikatakan khianat?.Insyallah PAS sepanjang kerjasamanya dgn siapa pun telah membuktikan setiakawan yg tinggi. Jauh sekali berkhianat. ( sila rujuk kerjasama PAS + S46. PAS+ DAP. PAS+PKR)

Muafakat PAS dan UMNO adalah muafakat yg tidak mengikat antara satu sama lain. PAS bebas dan UMNO pun bebas. Sebab itu PAS tak kesah hubungan UMNO dgn MCA dan MIC dlm BN. Namun ada satu persepakatan iaitu mana2 pihak tidak boleh bekerjasama dgn mana2 parti komponen PH atau Individu pimpinannya. atas dasar itu PAS tiada hubungan dgn PAN atau DAP atau PKR. Juga tidak menyokong LKS atau Mat Sabu atau Anwar. Adapun BERSATU dan TSMY sudah keluar dari PH. maka dimana khianatnya PAS?. Kalau dalam diam2 PAS dan Ahli Parlimennya menyokong Anwar dan berjanji untuk lantik Anwar sebagai PM maka itu baru dinamakan khianat.

Lalu perkukuhkan MN ini sebaiknya dgn berpegang kpd piagam yg telah digariskan. Jgn layan pihak2 yg mahu pecahkan PN atau BN atau MN. Jgn ambil sebarang pendekatan politik yg boleh megembalikan PH dan DAP ke Putrajaya. Cuba belajar mengenali Aulawiyat Politik.

Kerana Aulawiyyat politik lah maka PAS sanggup tak bertandingbwalau satu kerusi pun di Sabah. kerana bagi PAS mengalahkan PH lebih penting dari PAS bertanding. dengan itu semua pihak mesti mempastikan PRU15 nanti semua Parlimen dan DUN hanya bertanding dua penjuru sahaja. Jika ketiga2 parti utama PAS + BERSATU + UMNO gagal memutuskan pertandingan hanya 2 penjuru, bermakna kita bersedia melihat PH kembali menjadi kerajaan. Dan itu merupakan malapetaka yg lebih dahsyat dari covid 19 kepada negara ini.

Perlu diingat..bila keputusan 2 penjuru diterima bermakna PAS perlu bersedia ada kerusi PAS yg terpaksa diserah kpd BERSATU atau UMNO. BERSATU perlu bersesdia jika ada kerusi BERSATU terpaksa diserahkan kpd PAS atau UMNO. UMNO pun kena bersedia menyerahkan kerusinya kpd BERSATU atau PAS. Waktu inilah kematangan politik dan setiakawan semua pihak teruji. Ketamakan dan kesombongan diri akan menjadikan semua parti2 terbabit bakal berpindah ke kerusi pembangkang di DUN dan Parlimen nanti. Biar kita tak jadi tok imam asalkan solat dipimpin oleh imam yg sah.

UMS
Banjaria Court Gombak.
18. Safar.1442


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo