NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pekebun kecil getah boleh tuntut IPG September mulai 1-31 Okt 2020



KUALA LUMPUR — Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 mulai 1 hingga 31 Okt, 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata IPG bagi bulan September 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 40 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 70 sen dan 60 sen sekilogram.

“Pada bulan September 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram cuplump adalah RM2.10 untuk Semenanjung, RM1.80 Sabah dan RM1.90 Sarawak,” kata lembaga tersebut.

Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah, kata LGM.
— BERNAMA


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo