NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS ni parti 'free size'



Ada org kata PAS ini parti tak tetap pendirian. Hipokrik dan mcm2 tuduhan dilemparkan, hanya kerana pendirian PAS dilihat sering berubah2. Terutamanya dlm memilih rakan sekutu politik.

Saya nak beritahu mereka bahawa PAS ini bukan tidak ada pendirian. Tapi PAS ini parti free size. Size apa pun PAS boleh pakai. Dari sebesar2 size sampailah sekecil2 size. Syaratnya satu sahaja DEMI ISLAM. Kalau payah faham saya buat satu contoh.

Kepada org yg tak faham Islam mereka akan kata org Islam ini tak tetap pendirian. Sbb mereka lihat adakalanya org islam itu dibolehkan makan lembu. tapi ada masa diharamkan makan lembu. Adakala haram makan babi tapi tiba2 dimasa lain pula dibenarkan makan babi.

kamu tahu tak?.. waktu dibenarkan makan lembu itu kerana ianya disembelih oleh org Islam. Waktu diharamkan makan lembu itu pula kerana ia disembelih oleh tok sami. jadi disini bukan Lembu itu subjek hukumnya tapi subjek hukumnya ialah siapa yg menyembelihnya. Manakala Babi pula diharamkan memakannya walaupun disembelih oleh tok imam. tapi bila keadaan kelaparan sudah dharurah yg mengancam nyawa maka dibolehkan memakannya. jadi disini bukan soal penyembelihnya atau bukan soal babi itu. tapi soal keadaan si pemakan itu sendiri. 

kembali kepada PAS. PAS boleh bersama siapa sahaja asalkan mereka menerima Islam atau sekurangnya2 tidak memusuhi Islam. walaupun mereka bukan Islam. PAS tidak bersedia bersama org yg anti Islam atau merugikan Islam walaupun mereka itu org Islam. Jadi bila PAS bersama dgn mana2 pihak bukan soal pihak itu tapi ialah soal sikap mereka terhadap Islam. 

ini berbeza dgn PAN. Ketika DAP lunak dgn Islam dlm PR dahulu mereka terima DAP. Tapi bila PAS memutuskan hubungan dgn DAP kerana perubahan sikap DAP yg anti Islam, mereka tetap follow DAP. 

Begitu juga ada penyokong Anwar yg follow Anwar ketika anwar memimpin Abim dan menentang umno dia ikut sama maki umno.Bila Anwar masuk UMNO dia masuk UMNO. Bila Anwar dikeluarkan dari UMNO dan menubuhkan PKR dia ikut Anwar. Bila Anwar puji PAS ketiaka dlm PR dia ikut puji PAS. Bila Anwar mengambil sikap bersama dgn DAP dan maki PAS, dia turut maki PAS. jadi SIZE mereka ialah SIZE ANWAR. mereka tak boleh dah pakai size lain. Sbb itu kalau Anwar baca quraan mereka tepuk tangan dan kalau Anwar menari pun mereka akan tepuk tangan. 

Atas sikap mementingkan Islam makanya PAS melupakan perseteruan dgn UMNO dlm tempoh 60 tahun lebih. Kerana demi mengukuhkan Islam dan Ummat serta menyekat penguasaan politik DAP serta parti2 mesra DAP keatas negara ini. Atas asas yg sama PAS boleh menerima BERSATU yg keluar dari PH,kumpulan mesra DAP.

PAS bukan tak tetap pendirian..tapi PAS free size. Asalkan size itu ialah Islam.

Admin
Fb UMS
Kuantan Phg.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo