NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahathir Bunuh Tiga Burung Dengan Satu Batu?

Pada masa sama, beliau mengingatkan rakyat supaya memerhati rapat tingkah laku politikus dan bersedia mengkritik atas segala kesilapan mereka.

“Jika pergolakan politik negara masih berpanjangan dengan siri-siri drama baharu, kita anggap sahaja ‘aktor-aktor’ dalam drama tersebut sebagai penderhaka kepada titah Tuanku.

“Ayuh kita perhati gelagat mereka dan bersuara lantang supaya mereka tidak lagi sangka rakyat mudah dipermain-mainkan untuk serakah politik mereka semata-mata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Al-Sultan Abdullah semalam sekali lagi menegur sikap ahli politik ekoran daripada kemelut yang melanda negara.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka menjelaskan negara masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat ancaman wabak COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihat baginda kepada Ahli-Ahli Parlimen semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 Mei lalu.

“Baginda menuntut kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Aminuddin menambah, titah Seri Paduka adalah satu teguran yang begitu diharapkan rakyat jelata pada ketika ini.

Katanya, rata-rata rakyat menyuarakan perkara sama namun sering kali diremehkan oleh politikus dan penyokong-penyokong mereka.

“Kononnya ini semua adalah seni, strategi untuk memelihara kesejahteraan negara yang rakyat tidak fahami,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat kini sedang menderita kesan gelombang kedua penularan wabak COVID-19, yang menyaksikan gandaan jumlah jangkitan.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, terdapat rakyat yang kehilangan sumber pendapatan, selain menghadapi kesukaran dalam pelbagai perkara.

“Mereka (rakyat) memerhatikan para ahli politik sibuk merebut kuasa, bergaduh sesama sendiri dan menimbulkan kegusaran-kegusaran dengan pelbagai khabar angin.

“Namun, pada masa yang sama, mereka memerhatikan bahawa ahli-ahli politik yang terlibat ini tidak terkesan pun dengan krisis COVID-19 ini. Mereka tetap kaya, tetap gaji berpuluh-puluh ribu dan tetap selesa,” bidasnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo