NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kluster baharu di Kedah jangkiti 3 individu - Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA : Kedah mencatatkan satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Tembok yang kini sudah menjangkiti tiga individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks bagi kluster berkenaan ialah seorang lelaki warganegara Malaysia iaitu kes ke 11,207 yang juga kes kematian ke-135 yang dilaporkan hari ini.

"Saringan COVID-19 terhadap kes indeks ini mendapati beliau positif pada 28 September lalu. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan terhadap 169 individu.

"Sehingga kini, dua lagi individu disahkan positif COVID-19. Kedua-dua kes ini membabitkan rakyat tempatan dan kini sudah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

"Seramai 166 individu lagi masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham melalui Facebook memaklumkan dua lagi kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan 136 kes bersamaan 1.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga kini terdapat 100 kluster sudah tamat dan yang terbaru Kluster MG Glen yang sebelum ini dikesan di Klang.

"Dalam kluster ini tiga individu dilaporkan positif membabitkan dua rakyat tempatan dan seorang warga asing. Tiada kematian dilaporkan dalam kluster ini," katanya.

Kluster berkenaan diisytiharkan tamat selepas tiada lagi pertambahan kes dalam tempoh 28 hari. - BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo