NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sedikit kecoh pasal nama dan logo ‘baru’ bola sepak Kedah.

Kecoh tu bukan apa, sebab penyokong-penyokong ni sayang sungguh pada bola sepak Kedah ni. Nak tengok pasukan kita ni pi jauh! 

Yang ni memang patut tabik! 

Ada juga yang buat kecoh ni kerana sengaja nak jatuhkan reputasi MB sebagai Presiden. Duk tunggu ja peluang nak tibai. Yang elok, dia diam, senyap tak kata apa. 

Ceritanya macam ni:

1. FAM buat syarat, semua pasukan bola sepak mesti berdaftar sebagai kelab yang diswastakan, namanya akan jadi Football Club - FC, dihujungnya. 

2. Tarikh akhir untuk selesaikan urusan pendaftaran ini ialah pada 30 Sept 2020, hari ini! 

3. Kalau tak daftar sebagai kelab (FC), pasukan tersebut tak dapat beraksi dalam Liga Malaysia musim akan datang. 

4. Oleh kerana berlaku perubahan kerajaan dan perubahan Presiden KFA, maka urusan-urusan berkaitan penubuhan kelab itu jadi perlahan seketika. 

5. Tukar Presiden baru, urusan tersebut kembali disambung. Tapi, masa makin suntuk. Tarikh akhir kena selesai semua urusan untuk daftar kelab itu ialah pada 30 September 2020, hari ini! 

6. Maka, dalam masa yg suntuk dan perbincangan yang terhad, dicadangkan nama dan logo seperti yang viral tu. Tujuannya satu, nak bagi selesai urusan pendaftaran sebelum tarikh tutup. 
7. Difahamkan, nama dan logo tu boleh berubah. Nama dan logo yang ada ini hanya untuk melepasi syarat FAM sahaja. 

8. Masa tak banyak. Kalau gagal selesaikan pada masanya, pasukan Kedah tak dapat beraksi dalam Liga Malaysia! Yang ni lagi pedih! 

9. Memang banyak cadangan logo lain dan nama yang lebih hensem dan cantik. Kebanyakkannya dicadangkan oleh para penyokong hijau kuning yang setia. Nama dan logo yang cantik itu nanti boleh dipertimbangkan oleh pihak pasukan untuk dijadikan logo rasmi kelab. Difahamkan, nama dan logo masih boleh diubah. 

10. Saja nak bagitau, Kedah antara negeri yang berjaya daftar sebagai kelab. Ada beberapa negeri lain yang masih tak berjaya daftar. Ada isu masing-masing. Kedah steady. Walaupun tukar kepala, kerja jalan. Bahkan makin lancar. 
11. Prestasi pemain makin power. Nama pasukan dah kembali melonjak. Gaji tertunggak dah mula diselesaikan. Hutang tertunggak dengan KWSP dah dibayar. Hutang-hutang lain yang ditinggalkan oleh pengurusan lama juga mula dijelaskan. Penaja dah makin ramai tunjuk minat. Depa yakin dengan pengurusan baru! 

12. Pendek kata, semua perjalanan pasukan Kedah berjalan on-track dan makin lancar di bawah kepimpinan yang baru. 

Takat tu dulu pencerahan tentang isu nama dan logo ‘baru’ ni. 

Kalau ada nama dan logo yang sempoi untuk dicadangkan, habaq mai. Kita bincang bagi elok. 

Yang penting, Kedah kena pulun bagi duk ataih! 

Afnan Hamimi
Peminat hijau kuning

#PulunKedahPulun
#KedahPantangKalah
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo