NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Pengarah JAKIM meninggal dunia




Dukacita dimaklumkan bahawa Ybhg. Datuk Paimuzi Yahya (Ketua Pengarah JAKIM), telah kembali ke alam Baqa'.

Ų§َŁ„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ Ų§ŲŗْŁِŲ±ْ Ł„َŁ‡ ŁˆَŲ§Ų±ْŲ­َŁ…ْŁ‡َ ŁˆَŲ¹َŲ§ŁِŁ‡ ŁˆَŲ§Ų¹ْŁُ Ų¹َŁ†Ł‡ ŁˆَŲ£َŁƒْŲ±ِŁ…ْ Ł†ُŲ²ُŁ„َŁ‡، ŁˆَŁˆَŲ³ِّŲ¹ْ Ł…َŲÆْŲ®َŁ„َŁ‡ ŁˆَŲ§ŲŗْŲ³ِŁ„ْŁ‡ ŲØِŲ§Ł„ْŁ…َŲ§Ų”ِ ŁˆَŲ§Ł„Ų«َّŁ„ْŲ¬ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲØَŲ±َŲÆِ، ŁˆَŁ†َŁ‚ِّŁ‡ِ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŲ®َŲ·َŲ§ŁŠَŲ§ ŁƒَŁ…َŲ§ Ł†َŁ‚َّŁŠْŲŖَ Ų§Ł„Ų«َّŁˆْŲØَ Ų§ْŁ„Ų£َŲØْŁŠَŲ¶َ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ŲÆَّŁ†َŲ³ِ، ŁˆَŲ£َŲØْŲÆِŁ„ْŁ‡ ŲÆَŲ§Ų±ًŲ§ Ų®َŁŠْŲ±ًŲ§ Ł…ِŁ†ْ ŲÆَŲ§Ų±ِŁ‡، ŁˆَŲ£َŁ‡ْŁ„Ų§ً Ų®َŁŠْŲ±ًŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ‡ْŁ„ِŁ‡ ŁˆَŲ²َŁˆْŲ¬ًŲ§ Ų®َŁŠْŲ±ًŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų²َŁˆْŲ¬ِŁ‡، ŁˆَŲ£َŲÆْŲ®ِŁ„ْŁ‡ Ų§Ł„ْŲ¬َŁ†َّŲ©َ، ŁˆَŲ£َŲ¹ِŲ°ْŁ‡ Ł…ِŁ†ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØِ Ų§Ł„ْŁ‚َŲØْŲ±ِ ŁˆَŲ¹َŲ°َŲ§ŲØِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±. Ų§Ł„Ł„ّŁ‡Ł…َّ Ų§Ų¬ْŲ¹Ł„ Ł‚َŲØْŲ±َŁ‡ Ų±ŁˆŲ¶Ų© Ł…Ł† Ų±ŁŠŲ§Ų¶ Ų§Ł„Ų¬Ł†ّŲ©...ŁˆŁ„Ų§ ŲŖŲ¬Ų¹Ł„ Ł‚ŲØŲ±Ł‡ Ų­ŁŲ±Ų© Ł…Ł† Ų­ŁŲ± Ų§Ł„Ł†ّŁŠŲ±Ų§Ł†

____________________________________________
Biodata ringkas YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya, Ketua Pengarah JAKIM

YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya dilahirkan di Terengganu pada tahun 1961. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (1985) dan Ijazah Sarjana (1995) dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya. Beliau mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1986 dengan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Islam Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM.

Berpengalaman selama lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan telah memegang beberapa portfolio penting sepanjang kerjayanya. Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah sebagai Pengarah di beberapa bahagian di JAKIM iaitu Pengarah JAKIM Sabah pada tahun 2005, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia tahun 2008, Pengarah Darul Quran tahun 2010 dan Pengarah JAWI tahun 2013.

Pada 05 Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Kemudian pada 01 Mei 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pada 01 April 2018, beliau sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM sehingga 26 Disember 2019.

Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam, diharap JAKIM akan terus memacu kecemerlangan dan urusan pentadbiran Islam di Malaysia.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo