NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hubungan Umno dan Bersatu: Antara Gesaan Nazri Aziz Dan Dapatan Kaji Selidik



oleh: Dr Kamarul

Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menggesa supaya pemimpin UMNO menamatkan hubungan dengan BERSATU, dengan menyebut “BERSATU tiada sokongan akar umbi di Semenanjung seperti di Sabah” dan menyebut “selaku Ketua Bahagian UMNO saya tahu sentimen di lapangan”.

Pada masa yang sama, satu dapatan kaji selidik yang dibuat dari 15 Julai ke 10 Ogos 2020 menyebut 65% pengundi Melayu mahu UMNO kekal bekerjasama dengan BERSATU di dalam Perikatan Nasional dan hanya 20% pengundi Melayu yang mahu UMNO bergerak bersendirian.

Antara gesaan Datuk Seri Nazri Aziz yang dikatakan mewakili “suara akar umbi di lapangan” dan dapatan kaji selidik berkenaan, mana satukah agaknya yang lebih berwibawa?

Jika belum ada, eloklah diukur secara saintifik “suara akar umbi di lapangan”, malah “suara rakyat jelata secara keseluruhan” juga, supaya UMNO tidak membuat keputusan yang silap.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3658869917490373

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo