NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fikirkan keletihan, fikirkan kebajikan petugas barisan hadapan – Tuan Guru Haji Hadi



SHAH ALAM – PAS mengajak rakyat mengambil sejenak waktu memikirkan keletihan dialami petugas barisan hadapan pada waktu ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, doktor dan jururawat yang pucat lesi wajahnya bekerja bertungkus-lumus demi merawat pesakit yang telah disahkan positif Covid-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, selain itu petugas barisan hadapan juga turut membuat ujian saringan kepada mereka yang disyaki memiliki kontak rapat dengan mereka yang positif.

“Pihak polis dan tentera yang bersengkang waktu berjaga setiap masa sampai merah mata semata-mata untuk menjaga rakyat di kawasan yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Marilah kita ambil sejenak waktu memikirkan keletihan yang dialami oleh barisan hadapan (frontliners) pada waktu ini...

Posted by Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang on Thursday, 8 October 2020

Sumber: https://mykmu.net/2020/10/08/fikirkan-keletihan-fikirkan-kebajikan-petugas-barisan-hadapan-tuan-guru-haji-hadi/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo