NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim?



oleh: Dr Kamarul

Sudah bertebaran rata dakwaan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, bahawa Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi, kononnya menjanjikan sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Antara lainnya, berita ini telah dilaporkan oleh:

(1) Portal Malaysia Date Line, di bawah tajuk “Anwar dapat sokongan cukup, termasuk 30 dari Umno, kata Khalid Samad”, yang boleh dibaca di sini:https://malaysiadateline.com/anwar-dapat-sokongan-cukup-termasuk-30-dari-umno-kata-khalid-samad/

(2) Portal Malaysia Gazette, di bawah tajuk “Khalid Samad dakwa 30 Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar”, yang boleh dibaca di sini: https://malaysiagazette.com/.../khalid-samad-dakwa-30.../

(3) Portal The Malaysian Insight, di bawah tajuk “Surat tunjuk 30 ahli Parlimen Umno sokong Anwar, kata Khalid Samad”, yang boleh dibaca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/278437

(4) Portal Malaysia Kini, di bawah tajuk “Khalid Samad: 30 MP Umno sokong Anwar”, yang boleh dibaca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/546655

Tidak berpuas hati dengan laporan-laporan ini, saya telah menonton sendiri rakaman kenyataan penuh Khalid Samad yang boleh ditonton di sini: https://youtu.be/Er3F5dbvY4Q

Dan ini adalah kenyataan penuh Khalid Samad tersebut: 
Dan inilah apa yang saya difahamkan telah dilakukan, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dia bawa surat daripada ketua parti yang menyatakan bahawa partinya Ahli Parlimennya menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim. So, macam bagi AMANAH, surat yang ditandatangani oleh Mat Sabu yang menyatakan 11 Ahli Parlimen AMANAH menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Daripada DAP, surat daripada Lim Guan Eng yang ditandatangani oleh Lim Guan Eng yang mana disebut bahawa 42 Ahli Parlimen DAP sokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Surat, mungkin yang ditandatangani oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri, yang menyatakan bahawa 39 Ahli Parlimen PKR menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dan satu surat, saya difahamkan, daripada (Dato’ Seri) Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa 30, 30-lah kalau tak silap saya, Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ya, dan dikemukakan setakat itu saja, dan untuk nak dapatkan nama-nama, saya difahamkan yang (Dato’ Seri) Zahid Hamidi punya ada senarai namanya.
Jelas disebut oleh Khalid Samad di dalam rakaman ini bahawa, beliau difahamkan, ada satu surat daripada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa 30, kalau beliau tidak silap, Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan bahawa, beliau difahamkan, yang Dato’ Seri Zahid Hamidi punya ada senarai namanya.

Oleh itu, disebabkan isu ini adalah satu isu yang amat serius, wajarlah kita bertanya kepada kedua-dua Khalid Samad dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dua soalan ini:

(1) Di mana bukti surat daripada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa 30 Ahli Parlimen UMNO menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim?

(2) Di mana senarai nama 30 Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim?
Dua soalan ini amat penting kerana sebelum ini Ahli-Ahli Parlimen UMNO mati-mati menafikan mereka menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerana sebelum ini Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato' Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, telah memaklumkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan "senarai nama" Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3701473089896722

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo