NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Oktober

COVID-19: Semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Oktober - KPM
KPM memaklumkan semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.

Keputusan tersebut dilakukan susulan kes positif COVID-19 di negeri itu masih menunjukkan peningkatan dan ia dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama. Murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi rumah keluarga mereka di zon merah, juga perlu kekal tinggal di asrama.

"Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama.

"Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah," jelasnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan teradpat 354 kes baharu pada Jumaat dengan 352 kes adalah penularan tempatan.

Daripada jumlah itu, 274 kes direkodkan di Sabah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo