NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid-19 : Sebanyak 432 Kes. Tertinggi Sejak Pendemik Melanda.


Terkini. 5 Oktober 2020. Kes baharu #COVID19 hari ini 432 - (429 tempatan, 3 import) tertinggi sejak wabak ini melanda negara kita MalaysiašŸ‡²šŸ‡¾.

š—žš—Ÿš—Øš—¦š—§š—˜š—„ š—§š—˜š— š—•š—¢š—ž

Jumlah kes tertinggi hari ini adalah dari Kluster Tembok iaitu sebanyak 224 kes. Jumlah ini adalah lebih daripada separuh jumlah keseluruhan kes positif (432) dimana melibatkan 215 warganegara dan 9 bukan warganegara. Mereka terasing daripada orang ramai, oleh itu risiko jangkitan amat rendah dan terkawal.

šŸÆ š—žš—Ÿš—Øš—¦š—§š—˜š—„ š—•š—”š—›š—”š—„š—Ø

š—žš—Ÿš—Øš—¦š—§š—˜š—„ š—•š—”š—› š—¦š—œš—”š—§š—¢š—ž, š—žš—˜š——š—”š—›

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12072) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 23 tahun yang baru pulang dari Sabah pada 20 September 2020. Kes mempunyai gejala demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 2 Oktober 2020 dan telah

dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 11 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kesemua kes yang dikesan positif merupakan warganegara Malaysia dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 165 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

• 12 dikesan positif COVID-19;

• 61 individu dikesan negatif; dan

• 92 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

š—žš—Ÿš—Øš—¦š—§š—˜š—„ š—š—˜š—„š—”š— , š—žš—˜š——š—”š—›

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11211) adalah seorang pesakit perempuan warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes bergejala batuk dan sakit kepala sejak 25 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tunjang pada 28 September 2020 di mana saringan COVID-19 dijalankan. Kes dikesan positif pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan

ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 3 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Ketiga-tiga kes  positif ini melibatkan petugas kesihatan. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan. Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 65 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

• 4 dikesan positif COVID-19;

• 50 individu dikesan negatif; dan

• 11 individu masih menunggu keputusan.

Proses pembersihan dan nyah kuman di fasiliti kesihatan yang berkaitan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Kedah. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

š—žš—Ÿš—Øš—¦š—§š—˜š—„ š—•š—”š—› š—§š—”š—”š—š—Øš—”š—š, š—§š—˜š—„š—˜š—”š—šš—šš—”š—”š—Ø

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11477) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 10 sehingga 27 September 2020. Kes bergejala sakit tekak dan demam sejak 28 September 2020. Kes dikesan positif COVID-19 pada 30 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 6 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang untuk rawatan. Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 245 individu telah disaring.

Keputusan saringan adalah seperti berikut:

• 7 dikesan positif COVID-19;

• 113 individu dikesan negatif; dan

• 125 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Jumlah kes tertinggi hari ini adalah dari Kluster Tembok iaitu sebanyak 224 kes. Jumlah ini adalah lebih daripada separuh jumlah keseluruhan kes positif (432) dimana melibatkan 215 warganegara dan 9 bukan warganegara. Mereka terasing daripada orang ramai, oleh itu risiko jangkitan amat rendah dan terkawal.

Rumusan Hari Ini

Jumlah discaj baru: 57

Jumlah kumulatif discaj: 10340 (80.7%)

Jumlah kes baru; 432

Jumlah kumulatif: 12813

Jumlah kes aktif: 2336

Kes tempatan:429 (409 WN, 20 BWN)

Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN)

Jumlah kematian: 0

Jumlah kumulatif kematian: 137 (1.07%)

Jumlah kes di ICU: 32Pesakit intubated: 8

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo