Agenda Pertemuan Khas Dengan Agong Bukan Persembahkan Jumlah Sokongan Ahli Parlimen



KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dija­dualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pukul 11 pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, agenda pertemuan itu bagaimanapun bukan untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diterima ahli parlimen itu.

“Pertemuan itu adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan A­gong oleh Anwar yang mendakwa dirinya Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini. Beliau yang memohon menghadap baginda.


“Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen, tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ahmad Fadil berkata, walaupun Anwar mempersembahkan sokongan yang diterimanya kepada Yang di-Pertuan Agong, perkara itu masih perlu dirujuk kepada Perdana Menteri dan Dewan Rakyat sebagai platform yang utama.

Anwar pada 23 September lalu mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk me­nubuhkan kerajaan baharu.

Beliau dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, namun terpaksa ditangguhkan selepas Seri Paduka telah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara.

Sehubungan itu, beliau telah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

#sumber


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post